Saturday, September 17, 2011

BILA GIRLS STAY UP

Assalamualaikum...

woo..bila nak final exam. antara fenomena yg selalu terjadi bila life as student nie. STAY UP. time nie lah mula nak gomol habis-habisan semua chapter. tapi bagusla. usaha nak dapat EMPAT RATA!! bukan senang woo. tapi bukan susah jugak.. insyaAllah. aku aim untuk EMPAT RATA untuk second sem. untuk sem nie. aku agak main-main. jadi probabilty nak dapat agak rendah. *down.......
okelah. ni nak tunjuk sikit apa yang girls selalu buat kalau stay up selain study. kitaorang tak delah mengadap dua poloh hampat jam study. mesti ada rest jugak. and bila time rest nie lah macam-macam terjadi.




1. makan-makan benda simple

okelah. nie antara menu-menu time stay up. macam-macam ada woo. tapi tak makan banyak la. tapi kalau mengantuk... minum la nescafe dua tiga gelas.still mengantuk gak. nak stay up kena ada semangat yang lain macam sikit. semangat yang membuak-buak nak study. barulah bila minum nescafe and makan biskut cecah air. mata segar bugar. otak pon fresh.

2. share cerita and gosip. *girls~~

ahaha. yang nie err.... errrr........................ sebenarnya tak delah gosip sangat. cerita pasal keluarga. pasal apa-apa yang jadi. share rahsia. owhhh. cerita pasal future husband?? hermm. adalah jugak. benda tu normal bagi perempuan rasanya. tadi bagi aku and orang yang aku kenal. selalunya. kalau cakap sal future husband or apa istilah lain. tak pernah ambil serius pon. sebab banyak lagi kot nak pikir. hidup sebagai student pon tunggang langgang and terkontang-kanting. ada hati nak kawen??? no..no.. tapi bagi yang aim untuk kahwin after study. bagusla... tak salah pon.

3. rehat sebentar dengan movie or video klip korea. or apa-apa bentuk entertainment.

time tengah tension stuck dengan math ker fizik ker. or apa-apa subjek. time nie lah nak bagi segar mata dengan tengok  korea ker apa-apa video klip yang pendek. pendek tau. bukan drama korea yang berpuluh-puluh episod tu. tu jawabnya. sampai subuh kot mata segar bugar. buat sebagai selingan. kan tengok bakal suami aku aka shiwon dalam video klip super junior. terus rasa semangat nak study lepas tu.

4. solat hajat, qiamullail, solat sunat dan ibadat yang boleh menenenagkan hati

yang nie paling terbaikkkk!!! time tengah stress ker apa. ambil masa nak bermuhasabah diri and menenangkan diri. caranya, serahkan diri kepada Yang Maha Esa. Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. jadi dalam kita dok pulun habis dengan study. sampai bengkak-bengkak mata. why not kita ambil sedikit masa untuk beribadat. ibadat tengah malam antara waktu yang terbaik. insyaAllah. lepas jer korang curi sedikit masa studi korang untuk Yang Maha Esa. studi korang ke apa yang korang buat akan dipermudahkan. *nasihat untuk diri sendiri jugak.
okelah. tu jer. salam.



Thursday, September 15, 2011

SEPETANG BERSAMA YANG TERSAYANG

Assalamualaikum,

setelah kebosanan bila dah tamat test dua, and bercampur dengan aku tak dapat reactivate balik mukabuku aku. terpaksa la aku pergi dekat blog.*hak ala, cakap la dah teringin sangat nak menaip.

test dua aku, alhamdulillah. walaupon aku rasa ada careless. tapi seyesly, aku rasa aku dah buat sedaya yang aku termampu. dengan mengadap buku seharian. tidor dua jam setengah semata-mata untuk exam bio. buat latihan chemist sampai nak termuntah. buat fizik. tapi, aku tau. walaupon sebanyak mana usaha aku, tapi bila keluar benda yang kita TAK JANGKA, aku berserah jelah. jawab jer. betul salah soal no. dua......tawakal selepas usaha. itu yang terbaik.

WAITING FOR FINAL EXAM NEXT WEEK.. FIGHTING!!!

haishhh. oke rr.. ape nie cerita sal exam. lek lu. apa barang cerita sal exam...... 4 september 2011. jatuh sudah hari jadi yang tersayang aku untuk kali ke-48. wooo......... dah matured rupanya yang tersayang aku tu. raya ke-4.. kitaorang.aku, adik and kakak aku and yang tersayang kitaorang keluar la makan-makan. tak jauh pon. dekat jer dari rumah. nama tempat tu Restoran Anjung Bahtera. tempat biasa jer. kita berempat pon orderla makanan sambil borak-borak pasal aku and kakak aku kena balik uni masing-masing malam tu.woooo. tapi, sedih tak sedih. makan lu....


nie aku punya. biasa-biasa ajer. just air kapucino dengan nasi goreng cendawan. aku tak ada selera sangat. sebab tengah selsema. aku tak main barang mahal.hee



aisehhh.nie adik aku punya pulak..siap ada daging merah.aha.gambar kat bawah nie la gambar adik aku yang tengah makan untuk pinggan keduanya. tuan punyalah makan banyak.tapi kurus kering.tu yang aku tak paham.metabolisma tinggi? mungkin...


 nie kakak aku yang tengah buat muka garungggg....hehe.


nie kakak aku punya menu pulak. mee yang bersalut dengan telur. and aku suka kuah dia. pekat. tapi bolehla. minum air sejuk jer.hik. tak de la. tengah batuk. order la air suam tengok-tengok dapat air batu woo. pastu order la sekali lagi air suam.



ahaha. gambar last nie la baru aku nak tunjuk yang tersayang aku.hehe. abah.:) air dia sedap.tembikai ke ape ntah.tak ingat. menu ayah aku pon simple.

owhh. mana umi aku yer. dia demam. jadi tak dapat lah join. motif makan kat luar and simple nie sebab kesian dekat mak aku yang tengah demam. jadi tak boleh masak. owh.kenapa aku yang PANDAI masak nie tak masak. sebab dari pagi aku keluar pergi rumah kawan aku. pastu, ayah aku pon ajak makan kat luar. so, aku on jer la. 

bukan isu tak reti masak or malas masak. walaupon hakikatnya aku nie amatur jer dalam bidang masak-masak nie. nak aku masak yang ganas-ganas punya. tunggu aku masuk kelas masak dulu. seyesly, semangat aku dah membuak-buak nak belajar masak di cuti sem after final exam nie. sebab. ermmm. sebab.. errrrr. sajer.  


PEREMPUAN YANG SEBENAR PEREMPUAN MESTILAH PANDAI MASAK.
*pepatah sendiri*

okelah. tu jer. salam.







Friday, September 9, 2011

LIFE YANG TERSANGAT HECTIC

Assalamualaikum...


setelah sekian lama tak menulis dan 'meluahkan perasaan' dalam blog*cehhhhh (rolling eyes)
akhirnya.. sempat jugak aku curi masa dengan meninggalkan buah hati kimia di depan mata..... owh.sedihnya.

tapi, kat sini aku bukan nak cerita pasal aku yang malas nak update ke apa. tapi aku just nak bagitau aku bakal FINAL EXAM and paling hampir TEST 2... tolong sape bangunkan aku dari tidor yang lena bak bertemu putera raja dengan exam tu. sedarkan aku dengan exam yang telah menyebabkan mata student2 yang suka stay up digigit nyamuk dan bengkak secara tiba.*concealer diperlukan.

okelah.... yang tu jer aku nak bagitau. PLEASE WAKE ME UP BEFORE IT IS TOO LATE DEAR..

salam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.