Friday, August 12, 2011

BILA SHAWL JADI TARIKAN PARA GADIS

Assalamualaikum...


haiiih.entry ni ngada-ngada kot...rasa macam nak sekeh diri sendiri bila nak tulis pasal benda ni.tapi dah kempunan lama tak menulis..tulis la jugak...... *rasa makin nak sekeh diri sendiri.

SEKARANG... fesyen shawl makin menular dalam kalangan para gadis dan wanita. tak percaya? tengoklah sekeliling anda.banyak kawan-kawan korang yang comel dan cun-cun pakai shawl. banyak teknik pulak belit-belit shawl nie. ada style macam hana tajima. ada style macam letak kain atas kepala.ada style macam ala-ala penyiasat. kalau kena dengan orang yang pakai memang tersangat lawa. kan? KAN?

kalau korang perasan, di awal kemunculan shawl. banyak shawl yang kecik-kecik.kalau belit sikit.mula terdedah.tapi sekarang dah banyak style shawl yang besar-besar. jadi tak delah korang yang sopan nie teragak-agak nak pakai shawl kan. ada setengah orang memang kalau pakai tudung bawal awning nya memang tak pernah nak kemas. *terasa..

tapi bila pakai shawl nampak lagi kemas kan. entry nie bukan menggalakkan korang bershawl. tapi kalau korang bershawl yang sopan.pakai pon sopan.tak de salahnya kan... macam kawan aku madi, dia selalu membebel pasal awning tudung bawal yang jarang nak betol. laslast dia maik pilihan pakai shawl.

tapi kan, baru perasan. shawl sesuai bagi orang yang tak bercermin mata. bukan ape, kalau korang nie specky. tak sesuai sangat. * sekali lagi terasa...

jadi, pilihan atas korang. kalau korang rasa bershawl buat korang nampak kemas tak payah nak betulkan awning bagai. go on je. tapi kalau korang rasa lagi ayu bila bertudung hakam ke tudung bawal ke tudung bulat ke.tudung labuh. oke jer. sopan dan ayu lagi. tak de salahnya... yang penting aurat korang terjaga kan.

salam. uhibbuki fillah.
ramadhan kareem.



Saturday, August 6, 2011

PENGALAMAN LUAR BIASA DI PONDOK.(PART 1)

Assalamualaikum....


sebenarnya dah lama nak dah program ni.time ni lah baru nak cerita. sebab susah yer bila nak menulis kalau tak ada feel kan.. kan? kan?

aku ada ikut satu program nie.program tarbiyah. mula-mula aku tak expect pon kena pergi pondok.penganjur tu cakap jer nak buat program tu luar dai uni aku.tup-tup diaorang bawak masuk kawasan pendalaman. pastu masuk pulak kawasan kampung...tak silap, pondok tu di kawasan kuala selangor.

first time aku jejak kaki..woooohhh.aku rasa nak nangis jer.tengok kedaifan anak-anak kat kawasan pondok tu. aiceceh sejak bila jadi anak nie.. diaorang budak-budak muda lagi. tengok budak laki yang kecik-kecik tengah main bola.dengan berkopiahnya. dengan muka masing-masing suci kot.dua hari aku kat sana. dalam dua hari tu aku tak berhenti nangis. masyaAllah, indahnya hidup dalam ISLAM.

pastu, kat sana kalau makan memang makan dalam talam.wajib tau program tu kita kena suapkan orang lain. motif? nak eratkan hubungan.and nak rasa kasih sayang dari suapan. aiceceh.berfalsafah pulak aku hari ni. lepas jer kitaorang ikut program tu. sebenarnya banyak lagi kot nak cerita. tapi memandangkan aku terlihat buku math di depan mata. teringat banyak kot homework aku tak siap.. sebab tu lah kot title entry aku ada part 1. heh??

okelah.salam. ramadhan kareem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.