Monday, July 18, 2011

SURAT UNTUK KAWAN PEREMPUAN TERSAYANG

Assalamualaikum...







saya menulis entry nie khas untuk awak. saya tahu awak and saya tak pernah jumpa. kita bertemu pon hanya di dunia IT. awak tak kenal saya. and saya tak kenal awak. tapi saya tahu awak baik. kalau awak tak baik tak kan awak sanggup nak betegur sapa dengan saya kan...


awak tahu, saya dari dulu ambil tahu perkembangan awak dari kawan lelaki saya merangkap orang yang awak suka. yer, saya tahu kawan lelaki saya pon sama. dia pon dalam lubuk hati and jiwa paling dalam juga ada simpan perasaan pada awak. saya tak tipu.. betol. sebab saya kenal dia dari kecil lagi. dari zaman budak hingusan yang dia suka sangat mengusya perempuan sampai lah dia dah jadi 'matang' macam sekarang. tapi. untuk pengetahuan awak, dia hanya matang dari luaran. tapi sikap sebenar dia berdasarkan yang saya kenal. jiwa dia masih lagi keanak-anakan. sebab tu kadang-kadang dia tak dapat fikir dengan rasional. saya harap awak take note pasal perangai dia...


awak tahu, saya tiba-tiba jer jadi macam kakak dia. segala masalah dia luah. sampai orang yang dia minat pon dia cerita pada saya. haishh. sebenarnya saya nie tak delah baik sangat. tapi, sebab saya suka mendengar masalah kawan, so saya relakan diri untuk dengar segala luahan hati dia. cakap jer apa yang saya tak tahu pasal dia. dari first ex nya sampailah skrg semua saya tau. dia ingat saya kenal semua ke makwe-makwenya.huh.


saya terkejut bila awak ada hantar mesej dekat saya macam nie..


"kalau dia baik, kenapa awak jer tak amik dy..."


bila saya mula-mula baca mesej nie, saya terkejut la jugak. tak pernah orang tanya saya soalan macam nie. awak la first yang tnya.so, apa yang saya boleh jawab... dia kawan saya. klise kan. tapi yang tu je saya boleh jawab. untuk masa mendatang, saya tak boleh nak kata apa-apa... so, awak tak perlu nak risau ke apa.




betapa, saya concernya pasal awak dengan dia, saya siap menyamar jadi lelaki ngorat awak. sebab dia ada tanya pendapat saya pasal awak. tapi, saya tak boleh nak cakap ape-ape. sebab saya tak pernah jumpa or kenal awak. sebab tu saya menyamar and ngorat awak as lelaki. jahat kan saya. tapi, saya dah minta maaf dengan awak. saya harap awak tak terasa.. tapi kan, satu jer yang saya boleh simpulkan pasal awak. awak perempuan yang baik.. sebab time saya menyamar jadi lelaki, saya ada minta nak jumpa awak dekat satu kawasan. saya tak sure awak ingat tak pasal tu.. lepas tu, awak terus reply tak dapat nak jumpa saya. so, itu membuktikan awak bukan jenis perempuan yang macam kat luar sana. saya tabik dengan awak.. 


tiap kali saya borak dengan kawan lelaki saya tu, saya selalu tnya pasal awak dengan dia. tu bukan bermakna saya jeles. sebab saya tak nak kawan saya tu permainkan awak. walaupon saya tahu dia lelaki yang baik.. oh yer, jangan bagitau dia tau saya terpuji dia dekat sini, saya minta kalau dia jujur dengan perasaanya. jagalah imam dia dan hati dia. saya perempuan, saya tau macam mana yang awak rasa.... so, saya tak nak kawan saya tu jadi perosak hati siapa-siapa.. sweet kan saya. huh. tiba-tiba je.gurau jer..


satu hari, bila saya borak-borak dengan kawan lelaki saya tu. tiba-tiba dia text saya. dia beritahu satu berita yang saya tak expect pon. dia bagitau dia terpaksa putus dengan awak atas beberapa sebab. saya harap dia dah bagitau sebab sebenarnya dekat awak. kalau dia tak bagitau, meh saya nak tarik telinga dia... oh yer, kalau berdasarkan sebab yang dia bagitau pada saya. ibu kawan saya tu menetapkan dekat kawan saya tu. maknanya dia hanya dibenarkan untuk ada hubungan dengan perempuan ajnabi selepas dia dah tamat pengajian di peringkat ijazah. saya harap awak tak paksa saya untuk membantah keputusan dia. sebab, saya tak berhak nak bangkang apa yang dia buat. tu hidup dia.. tapi saya jugak sedih dengan apa yang jadi antara awak dengan dia.. tapi plezz, jangan paksa saya untuk minta kawan lelaki saya tu ubah keputusan. tapi tu tak bermakna, saya sokong sepenuhnya. saya neutral. saya tak berada kat mana-mana pihak...




then, lepas saya dapat tahu berita tu. saya text awak. tup, tup awak reply balik and bagitau berita yang macam saya dah expect... satu jer yang boleh saya cakap. kalau betol apa yang awak rasa sekarang ikhlas pada kawan saya tu. saya harap awak dapat simpan perasaan tu sampailah dia tamat pengajian di peringkat ijazah. jangan serahkan hati awak pada sapa-sapa selepas dia. kalau betol apa yang awak rasa ikhlas. 6 tahun memang satu penantian yang lama. tapi, insyaAllah penantian yang dibuat seikhlas hati tanpa terselit sebarang hubungan yang boleh membawa fitnah akan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT. sweet kan. 6 tahun tunggu. lepas tu, kalau awak nak dirikan masjid dengan kawan saya tu pon boleh.hehe.


'perempuan baik untuk lelaki yang baik'

kalau awak rasa jiwa awak sakit sangat.. disebabkan kerinduan ker apa. fikirkanlah.. tak semua yang kita rasa betol untuk kita ada lah yang terbaik. mungkin awak akan jumpa orang yang lagi baik dari kawan saya tu. or, mungkin hubungan yang putus sekarang akan bawa pada hubungan yang kekal. kita tak tau kan... insyaAllah... jangan sedih-sedih. hidup kita bukan untuk bersedih. kalau awak bersedih sekarang, ingatlah kebahagiaan yang pernah awak rasa dulu. or kebahagiaan yang akan datang pada masa akan datang.

saya rasa kan, dah panjang sangat la saya tulis. biarlah saya berhenti. kalau awak tak setuju dengan apa yang saya tulis. saya minta maaf. bukan niat saya.. sebab saya sayang kawan-kawan saya. kita sama-sama perempuan. saya memahami awak.. awak perempuan yang baik.


salam, saya harap dapat jumpa awak di dunia sebenar.. ^_^

3 comments:

Anonymous said...

a big laugh for the girl!!!

adninazman said...

Cinta ini cukup indah... cinta ni menyebabkan seseorang tuh memiliki hati yang tenang dan jiwa yang lapang, inilah cinta yang sebenar kepada sang pemilik cinta. jadi nasihat saya, tempatkanlah cinta di tempat yang selayaknya, kepada Allah subhanahu wataala. Memang cinta antara manusia ni satu fitrah, tatkala nabi adam kesunyian di syurga, Allah mencipta peneman disisinya agar nabi Adam terhibur. Cinta ini x buta seperti yang dihebohkan, cinta ini suci...tapi manusialah yang membutakan dan mengotori cinta dengan nafsu dan maksiat... cinta antara lelaki dan perempuan hanya bermula selepas akad, sah lakunya selepas kawin..indah aturan Tuhan...cuba bayangkan kita sebagai seorang pelajar yg masih menuntut ilmu, yang masih Muda dan mengharapkan cahaya hidayah Illahi.. sekiranya hati ini dicemari cinta yang tidak halal..merindui insan yang belum tentu tarafnya...bagaimana cahaya itu mahu masuk kedalam hati yang telah dicemari ini yer??...simpankanlah cinta yang murni itu selayaknya..jangan biar cinta itu dicemari...sekiranya inilah takdir Illahi, yakinlah..lihatlah di sebalik ujian yang diberikan ini..kasihnya Allah kepada saudari...Allah telah menunjukkan kasih sayangnya..menyelamatkan saudari dari belenggu dosa yang diciptakan oleh si Iblis yang cuba memerangkap saudari kedlam perangkap durjananya.. sedangkn Allah telah menegaskn bahawa Janganlah kita menghampiri zina...budaya kapel inilah salah satu cabang menjurus kearah perangkap tersebut... peliharalah iman ini..peliharalah hati ini....berkorbanlah...semoga Allah mengurniakan balasan yg selayaknya ats mengorbanan yg telah kita lakukan kerananya...Yakinlah kepada sang pemilik cinta. Peliharalah cinta yang terjalin kerana Allah semoga Allah memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia...InsyaAllah~

ainSH said...

@anoy : jeles ker .. 0.o

@adnin : wow! panjngnya. boleh buat stugi entry bru nie.. thanz utk nsihat n kata2 tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.