Friday, July 22, 2011

MUSLIMAH SEJATI ITU MULIA

Assalamualaikum...


nie antara gambar-gambar kawan-kawan aku yang pernah belajar di KUSIS. and ada antara diaorang nie tengah belajar di KISAS. aku...? toksah nak cari kat sini.memang aku tak ada pon. sebab aku secara jujurnya tak pernah belajar di sekolah yang berkonsepkan aliran agama. walaupon kepingin sekali. sebab tu kot aku nakal macam nie..hik.

tapi paper pon, sekolah tak menentukan duduk baiknya seseorang kan. as long korang pandai jaga diri korang, agama korang,imam korang dan hati korang.. insyaAllah, korang tak akan tersesat.

salam.uhibbuki fillah.




Thursday, July 21, 2011

PART 2 : BUNUH DIRI DAN BUNUH ORANG

Assalamualaikum...




hye again kepada readers yang terbaca entry nie. oke, last punya entry aku ada bagitau pasal siti saleha nak bunuh diri. owhh. nie sambungan.tapi orang lain pulak.


yang nie pulak. aku bagi nama cun jugak. Nora Elena.hik. nora ni pon sama. muda dari aku jugak. kisah kesengsaraan hidup dia pon lebih kurang dengan Siti Saleha. tapi yang lain sikit dari siti saleha. sebab yang nie akademik dia sederhana. tapi pergggh.lawa tau nora elena nie. nora ni pon selalu cerita dia selalu kena tibai dengan cikgu sebab result dia tak berapa nak oke. selalunya cikgu selalu perli dia depan kelas. sapa tak terasa kalau kena perli depan-depan. dia pon selalu lah nak hangin dengan cikgu tu. selalulah jugak dia nak skip kelas cikgu tu.


and, dia pon ada masalah dengan kawan 'jual ikan' jugak... haih. nora nie bertudung. tapi sebab tension ker apa. pernah dia letak gambar free hair di dp FB. dia buat dalam ketidaksedaran kot. nora ada cerita jugak, dia pernah pakai baju 'adik-adik' keluar rumah. selalunya dia tak pernah buat pon. aku tanyalah balik pasai apa dia buat camtu. nora nie pon balas. 


"akak. saya tension sangat-sangat.saya rasa nak memberontak. saya rasa nak buat benda yang saya tak pernah buat pon sebelum nie."


aku tersangat memahami masalah nora elena nie. sebab aku dulu pon jahat. aku pon ada pengalaman buat benda yang aku tak pernah buat sebelum ni. e'eeh. nati aku cerita lebih dekat last part la. pendekkan entry ni. hik. sebenarnya aku tak sempat nak tulis panjang-panjang. tapi sebab aku rindu sangat nak menulis benda yang entah apa-apa kat blog. tu lah pasal terkeluar part-part kisah bunuh diri. korang dengar tak macam thriller pon kan.memang pon. 


nanti jumpa di last part. sebab mesti korang pelik. asal kisah bunuh diri jer. nama tajuk bunuh orang. oowh, cerita best-best kena letak yang last. baru gempak beb. susah nak dapat tau cerita tu. tu pon secara tak sengaja. tapi kalau korang nak tau sapa orang yang aku cerita.haram. aku tak akan bagitau. apa kejadahnya aku dok kecoh pasal nama sebenar nora elena, siti saleha and seth tan. e'eeh. seth tan..? hik. kan dah kata tunggu last part. aku buat cerita ni bukan nak bukak aib sapa-sapa.jauh sekali. tapi aku nak kongsi pengalaman mendengar kisah adik-adik aku and aku sendiri pasal bunuh diri and bunuh orang.harap korang dapat take note and ambil pedoman dari kisah ni. sebab aku tau, indeks orang makin tension kat malaysia nie pon dah makin bertambah.




lupa, ada keluar berita. sorang student yang belajar kat mesir.buat cubaan nak bunuh diri. sebab.. tekanan dengan study.


wallahualam.salam. uhibbuki fillah.


Tuesday, July 19, 2011

PART 1 : BUNUH DIRI DAN BUNUH ORANG

Assalamualaikum...


hye kawan-kawan yang tension dengan homework or assignment berlambak. or kerja yang bertangguh yang lama tak buat. heh. aku pon..


oh my, aku kat sini bukan nak cerita pasal aku yang bunuh diri and nak bunuh orang.nauzubillah... minta dijauhkan. dah, apa pasal aku buat tajuk nie.haih... e'eeh. aku baru perasan. asal tang ada orang stress sampai dia nak bunuh diri. dia bagitau aku. nak bunuh orang pon cakap. hermm. kat sini aku nak share beberapa pengalaman aku mendengar kisah orang nak bunuh diri or nak bunuh orang. atas satu sebab. TENSION! 


first time dengar kisah orang nak bunuh diri. seram la. gua rasa macam nak tutup telinga jer dengar.heh. tapi sebab aku suka dengar masalah orang, and suka dengar pengalaman orang. so, aku relakan diri aku dengan pura-pura tough and open minded. so, aku dengar jer. macam pengalaman aku dengar masalah orang bercinta. yang tu lagi oke kot. sebab kalau putus, boleh cari lain pulak. macam tak biasa. heh. * apa punya nasihat ni.




oke nie kisah pertama. aku jumpa sorang budak nie. muda dari aku. nak aku bagi nama tak sebenar. boleh jer. *aku pon tak ingat apa nama budak tu. okelah, siti saleha. cun tak nama aku bagi. siti saleha ni bagitau lah aku. dia kata dia tak suka hidup di asrama. so, aku tanya la sebab apa beb tak suka hidup asrama. kawan-kawan ramai kan. siti saleha pon bagitau lah aku yang kawan baik dia start menjauhkan diri dari dia after dah jumpa kawan baru. then, dia pon bagitau sikap selfish kawan-kawan asrama yang selalu pulaukan dia. sebab tak tahan sangat dengan perangai kawan-kawan. dia decide nak pindah dorm. aku pon cakaplah, okelah kalau pindah dorm tu dapat selesaikan masalah. boleh la dia dapat kawan baru kat sana kan. tup, tup.. dia pulak cakap. kat dorm baru pon tak best. sebab kawan-kawan dorm macam pelik asal tiba-tiba dia pindah.lagipon kawan-kawan dorm baru siti saleha ni pon pernah dengar konflik siti saleha dengan kawan-kawan dorm lama... 


so, dia pon nangis-nangis. and bagitau kan bagus kalau dia mati. aku pon pikir, apa kejadahnya nak mati lor. tak kan sebab kawan-kawan nak mati. then, siti saleha ni pon sambung balik. pernah banyak kali terlintas dalam hati and fikiran nak bunUh diri. and, dia pernah try nak bunuh diri. tapi, sebab dalam hati siti saleha ni still ada iman and dia pon tahu kesan buruk dunia akhirat kalau bunuh diri. so, plan dia tak berapa nak menjadi. tapi, siti saleha ni cakap. tak tau la berapa lama dia boleh tahan sekat diri dia daripada bunuh diri..... wooo.lupa nak bagitau.jangan main-main beb dengan orang macam nie. tension dia pon result gempak. aku yang dengar nie pon terkedu. kalah orang yang tak berapa nak tension or tak nak bunuh diri. *terasa~~~




okelah. aku tersangat memahami bahawa kadang-kadang kita susah nak baca tulisan yang panjang. so, sebab tu aku buat part. *ada orang nak baca ke blog nie?


salam sayang. konklusi tu tunggu last part.kalau harry potter ada part 1 and part 2. aku pon nak buat jugak.hehe.


uhibbuki fillah.

Monday, July 18, 2011

SURAT UNTUK KAWAN PEREMPUAN TERSAYANG

Assalamualaikum...







saya menulis entry nie khas untuk awak. saya tahu awak and saya tak pernah jumpa. kita bertemu pon hanya di dunia IT. awak tak kenal saya. and saya tak kenal awak. tapi saya tahu awak baik. kalau awak tak baik tak kan awak sanggup nak betegur sapa dengan saya kan...


awak tahu, saya dari dulu ambil tahu perkembangan awak dari kawan lelaki saya merangkap orang yang awak suka. yer, saya tahu kawan lelaki saya pon sama. dia pon dalam lubuk hati and jiwa paling dalam juga ada simpan perasaan pada awak. saya tak tipu.. betol. sebab saya kenal dia dari kecil lagi. dari zaman budak hingusan yang dia suka sangat mengusya perempuan sampai lah dia dah jadi 'matang' macam sekarang. tapi. untuk pengetahuan awak, dia hanya matang dari luaran. tapi sikap sebenar dia berdasarkan yang saya kenal. jiwa dia masih lagi keanak-anakan. sebab tu kadang-kadang dia tak dapat fikir dengan rasional. saya harap awak take note pasal perangai dia...


awak tahu, saya tiba-tiba jer jadi macam kakak dia. segala masalah dia luah. sampai orang yang dia minat pon dia cerita pada saya. haishh. sebenarnya saya nie tak delah baik sangat. tapi, sebab saya suka mendengar masalah kawan, so saya relakan diri untuk dengar segala luahan hati dia. cakap jer apa yang saya tak tahu pasal dia. dari first ex nya sampailah skrg semua saya tau. dia ingat saya kenal semua ke makwe-makwenya.huh.


saya terkejut bila awak ada hantar mesej dekat saya macam nie..


"kalau dia baik, kenapa awak jer tak amik dy..."


bila saya mula-mula baca mesej nie, saya terkejut la jugak. tak pernah orang tanya saya soalan macam nie. awak la first yang tnya.so, apa yang saya boleh jawab... dia kawan saya. klise kan. tapi yang tu je saya boleh jawab. untuk masa mendatang, saya tak boleh nak kata apa-apa... so, awak tak perlu nak risau ke apa.




betapa, saya concernya pasal awak dengan dia, saya siap menyamar jadi lelaki ngorat awak. sebab dia ada tanya pendapat saya pasal awak. tapi, saya tak boleh nak cakap ape-ape. sebab saya tak pernah jumpa or kenal awak. sebab tu saya menyamar and ngorat awak as lelaki. jahat kan saya. tapi, saya dah minta maaf dengan awak. saya harap awak tak terasa.. tapi kan, satu jer yang saya boleh simpulkan pasal awak. awak perempuan yang baik.. sebab time saya menyamar jadi lelaki, saya ada minta nak jumpa awak dekat satu kawasan. saya tak sure awak ingat tak pasal tu.. lepas tu, awak terus reply tak dapat nak jumpa saya. so, itu membuktikan awak bukan jenis perempuan yang macam kat luar sana. saya tabik dengan awak.. 


tiap kali saya borak dengan kawan lelaki saya tu, saya selalu tnya pasal awak dengan dia. tu bukan bermakna saya jeles. sebab saya tak nak kawan saya tu permainkan awak. walaupon saya tahu dia lelaki yang baik.. oh yer, jangan bagitau dia tau saya terpuji dia dekat sini, saya minta kalau dia jujur dengan perasaanya. jagalah imam dia dan hati dia. saya perempuan, saya tau macam mana yang awak rasa.... so, saya tak nak kawan saya tu jadi perosak hati siapa-siapa.. sweet kan saya. huh. tiba-tiba je.gurau jer..


satu hari, bila saya borak-borak dengan kawan lelaki saya tu. tiba-tiba dia text saya. dia beritahu satu berita yang saya tak expect pon. dia bagitau dia terpaksa putus dengan awak atas beberapa sebab. saya harap dia dah bagitau sebab sebenarnya dekat awak. kalau dia tak bagitau, meh saya nak tarik telinga dia... oh yer, kalau berdasarkan sebab yang dia bagitau pada saya. ibu kawan saya tu menetapkan dekat kawan saya tu. maknanya dia hanya dibenarkan untuk ada hubungan dengan perempuan ajnabi selepas dia dah tamat pengajian di peringkat ijazah. saya harap awak tak paksa saya untuk membantah keputusan dia. sebab, saya tak berhak nak bangkang apa yang dia buat. tu hidup dia.. tapi saya jugak sedih dengan apa yang jadi antara awak dengan dia.. tapi plezz, jangan paksa saya untuk minta kawan lelaki saya tu ubah keputusan. tapi tu tak bermakna, saya sokong sepenuhnya. saya neutral. saya tak berada kat mana-mana pihak...




then, lepas saya dapat tahu berita tu. saya text awak. tup, tup awak reply balik and bagitau berita yang macam saya dah expect... satu jer yang boleh saya cakap. kalau betol apa yang awak rasa sekarang ikhlas pada kawan saya tu. saya harap awak dapat simpan perasaan tu sampailah dia tamat pengajian di peringkat ijazah. jangan serahkan hati awak pada sapa-sapa selepas dia. kalau betol apa yang awak rasa ikhlas. 6 tahun memang satu penantian yang lama. tapi, insyaAllah penantian yang dibuat seikhlas hati tanpa terselit sebarang hubungan yang boleh membawa fitnah akan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT. sweet kan. 6 tahun tunggu. lepas tu, kalau awak nak dirikan masjid dengan kawan saya tu pon boleh.hehe.


'perempuan baik untuk lelaki yang baik'

kalau awak rasa jiwa awak sakit sangat.. disebabkan kerinduan ker apa. fikirkanlah.. tak semua yang kita rasa betol untuk kita ada lah yang terbaik. mungkin awak akan jumpa orang yang lagi baik dari kawan saya tu. or, mungkin hubungan yang putus sekarang akan bawa pada hubungan yang kekal. kita tak tau kan... insyaAllah... jangan sedih-sedih. hidup kita bukan untuk bersedih. kalau awak bersedih sekarang, ingatlah kebahagiaan yang pernah awak rasa dulu. or kebahagiaan yang akan datang pada masa akan datang.

saya rasa kan, dah panjang sangat la saya tulis. biarlah saya berhenti. kalau awak tak setuju dengan apa yang saya tulis. saya minta maaf. bukan niat saya.. sebab saya sayang kawan-kawan saya. kita sama-sama perempuan. saya memahami awak.. awak perempuan yang baik.


salam, saya harap dapat jumpa awak di dunia sebenar.. ^_^

Monday, July 11, 2011

WANITA ITU...

Assalamualaikum...






wanita itu cantik bukan pada kemanjaannya dalam berkata-kata
wanita itu cantik bukan pada keindahan tubuh dan wajahnya
wanita itu cantik bukan pada harta dan pakainnya

tapi.........
wanita itu cantik kerana agamanya,
wanita itu cantik pada indahnya perilaku and tuturnya

salam...

Thursday, July 7, 2011

KUPASAN HATI PALING DALAM

Assalamualaikum...


KETENSIONAN.. EXAM TAK LAMA LAGI LAH......!!!


tension bersama-sama

SO, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA TINGGALKAN PERKARA LAGHA.
TUMPUKAN PADA EXAM YANG BAKAL MENJELANG TIBA...

bengkak nya mata sejak dua menjak nie
*segan untuk menunjukkan gambar penuh.hee

salam...

Tuesday, July 5, 2011

IGNORE : BERBAIK SEBELUM TERLAMBAT

Assalamualaikum....




biasa kan benda nie jadi... bila dah terlambat baru nak menyesal. benda nie buat aku teringat pasal kisah aku dulu-dulu.sadis sangat.


tak sempat nak buat entry panjang-panjang. siapa- siapa yang terbaca entry nie,

DOAKAN KEJAYAAN AKU UNTUK MY FIRST EXAM DI UITM.. 9 JULY AND 13 JULY NI.




p/s : mata aku sejak dua menjak nie memang bengkak sangat-sangat. eyebag pon dah besar gedabak... haishh.naseb jer pakai cermin mata. i need concealer.hik.


salam.











Saturday, July 2, 2011

HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalamualaikum...




aku first time diberitahu kawan aku yang sekarang tengah belajar di kisas (ex-kusis) pasal video nie. diubahsuai lirik lagunya yang pasal cintan-cintun dengan lagu yang berkonsepkan ketuhanan...


yang aku tahu nama budak nie. luqman hakim.(kalau tak silap).. kawan aku siap promote kata luqman hakim kalau dia alunkan azan lagi best dengan suara serak basah. dalam video nie tak jelas sangat kemerduan suara dia... luqman setahu aku ex-budak kusis... sekarang aku tak sure dia sambung belajar kat mana.


tapi aku suka dengar lagu nie and tengok video nie. sebab nampak suasana tarbiyah dalam kalangan pelajar sekolah.. walaupon aku tak pernah sekolah aliran agama. tapi dalam hati aku, aku teringin sangat nak belajar kea arah aliran agama dengan lagi dalam.. tapi bukan rezeki aku kot. aku apply mostly pilihan UPU aku untuk UIA.. last-last dapat UITM...


TAPI AKU SAYANG UITM

aku pernah jugak nak apply sekolah aliran agama time aku form one. tapi hajat tu tetap tak kesampaian sebab tak nak menyusahkan ayah aku hantar aku jauh-jauh pergi sekolah.. 

asrama? apa yang korang expect dari aku untuk tinggal di asrama dari form one. bukan ape. aku tak bersedia lagi nak hadapi kehidupan jauh dari mak ayah.lagi-lagi aku umur13 tahun. muda sangat la pulak nak duduk asrama. eh, aku bukan manja. cuma.'tak bersedia' lagi.hik.

sila hayati lagu ini. lagu nyayian luqman hakim yang mana diremake daripada lagu nyanyian aizat...

p/s : kawan aku cakap, luqman ni ramai peminat sebab semua ciri-ciri lelaki soleh and sempoi ada pada dia. kawan aku cakap. aku tak pernah kenal and jumpa pon luqman nie...

salam.



Friday, July 1, 2011

BILA AKU MENGIMBAU KENANGAN SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum...






SEKOLAH RENDAH

aku suka kenangan ni..aku pernah sekolah di sk kampung bharu, besut terengganu. aku boleh bilang dengan jari, berapa kali aku bercakap dengan manusia yang bernama LELAKI. sebab apa entah. suasana sekeliling kot. masing-masing pemalu. agaknyer (kot). tapi yang paling aku suka. sekelas bersama-sama manusia yang tua setahun dari saya. sebabnya, aku masuk darjah satu time umur 6 tahun.yeah, tadika 4 tahun. 2 tahun alam tadika.pastu terus pindah skkb.

tapi kebanyakan  kawan- kawan yg di skkb nie. semua dah berjaya. fauzan, study di um untuk course usuluddin. fahim, timur tengah. and dia awesome kot.sebab, fahim nie antara 5 orang terpilih di malaysia untuk dilatih menjadi ulama.(berdasarkan yang aku dengar).and,suka tengok gambar  perantauan dia di fb.( kantoi stalk fb orang kan)..maher, study overseas. result dia gempak. and, he was my senior waktu aku form 4. jumpa balik lah pulak kan..tapi aku tak cam pon. classmates aku di skkb, semua gempak-gempak. seronok dengar cerita psal diaorang. kejelesan. and, terasa berbangga jap.nak jer cakap, *ehh, fahim tu, cluzmate aku tu. pernah main sorok-sorok.(menipu yang tu). fahim tu, memang orangnya baik,hormat orang jugak.benda paling ingat pasal diorang. PING PONG dan aku pernah satu grup dengan dia untuk presentation ape ntah. oke. dah letih aku promote kawan sendiri. 



pastu, bermulalah fasa dua di sk permaisuri nur zahirah(skpnz). cuba korang bayangkan. dari life di skkgb yang tak pernah bergaul dengan lelaki. tup-tup masuk sekolah yang aku rasa agak sosial. stress kot time tu. 3 hari sekolah sana. dapat love letter. apa kes... bukan ape. aku memang tak suka bendalah gedik nie. walaupon aku mengaku aku pon gedik jugak..
benda yang paling tak boleh lupa, bila dapat markah tinggi time exam darjah empat. dah, di skkb aku dah study sampai darjah lima. semua benda yang darjah empat, memang dah khatam lah. hik.tu jer rahsianya dapat markah tinggi. aku biasa jer. nie pon tengah struggle untuk exam 9 julai nie...

persaingan sebenar bermula bila dah masuk darjah lima. coz, aku sempat belajar half year je di skkb. wahh, darjah lima. fist time satu grup tu ada lelaki perempuan. ramai kata aku senyap, ayu, sopan. (tang mana sopannya tau). DULU jer.. sekarang nak buat macam mana. mulut tetiba jadi banyak kan .dengan perangai tak macam perempuan melayu terakhir dah. paling kurang, aku pernah jugak kan merasa jadi budak baik and pendiam, pemalu and serba serbi ciri-ciri wanita melayu sejati time tu. sekarang.. ? hermmm. tak tau la nak cakap macam mana. nantilah. bila nak dekat kahwin ke. baru pikir balik nak jadi macam dulu-dulu. (impian budak 18 tahun). kan aku dah cakap aku gedik. pastu orang tak nak caye aku gedik.. haishh. susah la macam ni. Doakan bakal suami aku boleh ubah diri aku jadi 'keperempuanan' sikit... sweet kan dapat suami macam tu.. amik.. umur 18 tahun dah ada impian pasal kahwin.gediknyer aku..huh.



and, benda paling lawak ialah gosip.gosip dengan budak tu. budak nie. budak jer pon. nak main cintan-cintun. yer, aku perasan. dalam kelas, boleh kata akan ada pasangan yang digosipkan. memandangkan, bilangan lelaki dah makin pupus, satu lelaki, akan digosipkan paling kurang satu or dua orang budak perempuan, tapi ada faedah ke main gosip nie... bukannya betol pon. budak jer. cara saya nak mengelakkan benda mengarut nie. cari satu nama. pastu, buatlah gaya korang minat giler kat laki tu... sebut nama dia selalu. tup, tup mesti orang lain akan slowkan gosip pasal korang.. (gaya retiss elak gosip)

tapi, jujur.. aku pon tak terkecuali minat orang waktu sekolah rendah dulu.. tapi minat dalam diam jer. nak aku confess kat budak tu. LAMBAT LAGI. sampai form 3 kot 'perasaan' tu ada. tapi, bila dah form 4. tup. semua hilang. pasal puisi mengarut tu.. itulah puisi pertama yang aku buat sepenuh hati sebab.. time tu aku rasa aku tak kan jumpa orang yang aku minat tu lagi. tapi reunion punya pasal. jumpa lagi. pastu boleh kata after spm selalu je jumpa.. tak ada maknanya puisi pertemuan sepi yang terakhir....  dan, aku rasa perasaan yang aku rasa time budak dulu pon dah hilang. entahla.. aku memang jenis yang susah nak minat orang lama-lama kot.. tu sampai sekarang tak ada pakwe kan...(gedik lagi)

kat sana, jumpa kawan baik yang sempoi macam zati, madi and ecah . gaduh-gaduh pasal benda-benda yang remeh -temeh. pasal surat layang. buku lima-lima. sir ridwan. and, dari skpnz jugak, aku mula kenal potensi diri. tapi tu pon tanpa disengajakan. ingat lagi ustazah rozinawati tanya sapa nak masuk sajak. mati-mati ingat untuk baca suka-suka jer. amik ko, kena bersajak time hari penyampaian hadiah. pucat giler muka time tu. dengan gaya nerd apa ntah.



kenangan terindah aku ialah semua benda. aku paling suka fasa sekolah rendah. sebab, tak payah nak pikir pasal hal-hal serius. ingat lagi. 2 minggu sebelum upsr, sempat lagi aku khatam buku harry potter yang tebal nak rak tu. first time jugak tanya aku tanya orang sebelah time exam upsr untuk subjek sains. dah exam sains tu susah, nak buat macam mana kan. dah la yang dok sebelah aku waktu tu budak terer sains. anak cikgu sains aku siap..


tapi, aku suka jugak fasa-fasa lain hidup saya. tapi, kenangan di sekolah rendah paling manis. tak kisahlah di skkb ke or skpnz. itulah masanya kita enjoy dengan life tanpa menyerabutkan kepala dengan benda-benda heavy macam sekarang...

kalaulah mesin masa tercipta and star gate tu wujud....


salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.