Friday, July 1, 2011

BILA AKU MENGIMBAU KENANGAN SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum...






SEKOLAH RENDAH

aku suka kenangan ni..aku pernah sekolah di sk kampung bharu, besut terengganu. aku boleh bilang dengan jari, berapa kali aku bercakap dengan manusia yang bernama LELAKI. sebab apa entah. suasana sekeliling kot. masing-masing pemalu. agaknyer (kot). tapi yang paling aku suka. sekelas bersama-sama manusia yang tua setahun dari saya. sebabnya, aku masuk darjah satu time umur 6 tahun.yeah, tadika 4 tahun. 2 tahun alam tadika.pastu terus pindah skkb.

tapi kebanyakan  kawan- kawan yg di skkb nie. semua dah berjaya. fauzan, study di um untuk course usuluddin. fahim, timur tengah. and dia awesome kot.sebab, fahim nie antara 5 orang terpilih di malaysia untuk dilatih menjadi ulama.(berdasarkan yang aku dengar).and,suka tengok gambar  perantauan dia di fb.( kantoi stalk fb orang kan)..maher, study overseas. result dia gempak. and, he was my senior waktu aku form 4. jumpa balik lah pulak kan..tapi aku tak cam pon. classmates aku di skkb, semua gempak-gempak. seronok dengar cerita psal diaorang. kejelesan. and, terasa berbangga jap.nak jer cakap, *ehh, fahim tu, cluzmate aku tu. pernah main sorok-sorok.(menipu yang tu). fahim tu, memang orangnya baik,hormat orang jugak.benda paling ingat pasal diorang. PING PONG dan aku pernah satu grup dengan dia untuk presentation ape ntah. oke. dah letih aku promote kawan sendiri. 



pastu, bermulalah fasa dua di sk permaisuri nur zahirah(skpnz). cuba korang bayangkan. dari life di skkgb yang tak pernah bergaul dengan lelaki. tup-tup masuk sekolah yang aku rasa agak sosial. stress kot time tu. 3 hari sekolah sana. dapat love letter. apa kes... bukan ape. aku memang tak suka bendalah gedik nie. walaupon aku mengaku aku pon gedik jugak..
benda yang paling tak boleh lupa, bila dapat markah tinggi time exam darjah empat. dah, di skkb aku dah study sampai darjah lima. semua benda yang darjah empat, memang dah khatam lah. hik.tu jer rahsianya dapat markah tinggi. aku biasa jer. nie pon tengah struggle untuk exam 9 julai nie...

persaingan sebenar bermula bila dah masuk darjah lima. coz, aku sempat belajar half year je di skkb. wahh, darjah lima. fist time satu grup tu ada lelaki perempuan. ramai kata aku senyap, ayu, sopan. (tang mana sopannya tau). DULU jer.. sekarang nak buat macam mana. mulut tetiba jadi banyak kan .dengan perangai tak macam perempuan melayu terakhir dah. paling kurang, aku pernah jugak kan merasa jadi budak baik and pendiam, pemalu and serba serbi ciri-ciri wanita melayu sejati time tu. sekarang.. ? hermmm. tak tau la nak cakap macam mana. nantilah. bila nak dekat kahwin ke. baru pikir balik nak jadi macam dulu-dulu. (impian budak 18 tahun). kan aku dah cakap aku gedik. pastu orang tak nak caye aku gedik.. haishh. susah la macam ni. Doakan bakal suami aku boleh ubah diri aku jadi 'keperempuanan' sikit... sweet kan dapat suami macam tu.. amik.. umur 18 tahun dah ada impian pasal kahwin.gediknyer aku..huh.



and, benda paling lawak ialah gosip.gosip dengan budak tu. budak nie. budak jer pon. nak main cintan-cintun. yer, aku perasan. dalam kelas, boleh kata akan ada pasangan yang digosipkan. memandangkan, bilangan lelaki dah makin pupus, satu lelaki, akan digosipkan paling kurang satu or dua orang budak perempuan, tapi ada faedah ke main gosip nie... bukannya betol pon. budak jer. cara saya nak mengelakkan benda mengarut nie. cari satu nama. pastu, buatlah gaya korang minat giler kat laki tu... sebut nama dia selalu. tup, tup mesti orang lain akan slowkan gosip pasal korang.. (gaya retiss elak gosip)

tapi, jujur.. aku pon tak terkecuali minat orang waktu sekolah rendah dulu.. tapi minat dalam diam jer. nak aku confess kat budak tu. LAMBAT LAGI. sampai form 3 kot 'perasaan' tu ada. tapi, bila dah form 4. tup. semua hilang. pasal puisi mengarut tu.. itulah puisi pertama yang aku buat sepenuh hati sebab.. time tu aku rasa aku tak kan jumpa orang yang aku minat tu lagi. tapi reunion punya pasal. jumpa lagi. pastu boleh kata after spm selalu je jumpa.. tak ada maknanya puisi pertemuan sepi yang terakhir....  dan, aku rasa perasaan yang aku rasa time budak dulu pon dah hilang. entahla.. aku memang jenis yang susah nak minat orang lama-lama kot.. tu sampai sekarang tak ada pakwe kan...(gedik lagi)

kat sana, jumpa kawan baik yang sempoi macam zati, madi and ecah . gaduh-gaduh pasal benda-benda yang remeh -temeh. pasal surat layang. buku lima-lima. sir ridwan. and, dari skpnz jugak, aku mula kenal potensi diri. tapi tu pon tanpa disengajakan. ingat lagi ustazah rozinawati tanya sapa nak masuk sajak. mati-mati ingat untuk baca suka-suka jer. amik ko, kena bersajak time hari penyampaian hadiah. pucat giler muka time tu. dengan gaya nerd apa ntah.



kenangan terindah aku ialah semua benda. aku paling suka fasa sekolah rendah. sebab, tak payah nak pikir pasal hal-hal serius. ingat lagi. 2 minggu sebelum upsr, sempat lagi aku khatam buku harry potter yang tebal nak rak tu. first time jugak tanya aku tanya orang sebelah time exam upsr untuk subjek sains. dah exam sains tu susah, nak buat macam mana kan. dah la yang dok sebelah aku waktu tu budak terer sains. anak cikgu sains aku siap..


tapi, aku suka jugak fasa-fasa lain hidup saya. tapi, kenangan di sekolah rendah paling manis. tak kisahlah di skkb ke or skpnz. itulah masanya kita enjoy dengan life tanpa menyerabutkan kepala dengan benda-benda heavy macam sekarang...

kalaulah mesin masa tercipta and star gate tu wujud....


salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.