Wednesday, June 29, 2011

IM TOTALLY IN LOVE

Assalamualaikum...


IM TOTALLY IN LOVE WITH UITM PUNCAK ALAM.


sekadar luahan hati and perasaan. aku rasa  life aku di puncak alam ni lagi baik dari kehidupan aku yang dulu-dulu sewaktu zaman muda. sekarang matang oke....sebab walaupon aku rasa life dekat sini agak buzy and tersangat sikitnya homework aku and lab report, tutorial di sini. tapi aku suka life dekat sini.


roomate aku and housemate aku yang tersangat SEMPOI and BAIK HATI, COMEL... and classmates aku yang aku rasa tersangat menyenangkan... yeah. aku tak nafikan classmates aku semua bijak. and banyak daripada diaorang berasal dari sekolah yang berstandard tinggi. macam MRSM, SBP and banyak lagi sekolah-sekolah yang aku agak familiar dengan nama sekolah diaorang. maknanya sekolah diaorang antara yang top di malaysia or di negeri tempat tinggal aku, Terengganu.. wow! tu jer yang aku boleh cakap. housemate aku pon semua dari sekolah gempak-gempak... imtiaz, maahad, MRSM, sekolah harian berprestasi tinggi.... aku apa jer. sekolah pon dekat pengkalan jer.... tu pon sekolah yang macam zaman purba... 


so sweet.... aku suka UITM PUNCAK ALAM.....
oh yer,entry aku agak pendek... sebab, kesibukan melanda. oke. bye korang. aku nak siapkan tutorial fizik yang aku kena submit esok. 


FIZIK SENANG
FIZIK BEST
FIZIK GEMPAK
FIZIK MUDAH
FIZIK TERSANGAT  MUDAH



BIO SENANG
BIO BEST
BIO GEMPAK
BIO MUDAH
BIO TERSANGAT MUDAH





KIMIA SENANG
KIMIA BEST
KIMIA GEMPAK
KIMIA MUDAH
KIMIA TERSANGAT MUDAH

MATH SENANG
MATH BEST
MATH GEMPAK
MATH MUDAH
MATH TERSANGAT MUDAH



terimalah puisi motivasi ciptaan terbaru daripada ainSH.... hik.


terasa mudah kan apa yang korang belajar bila korang selalu sebut semua benda sebagai satu benda yang mudah. ni kawan aku punya ayat yang dia ambil dari sorang jutawan punya ayat.. amik. terbelit bebenor ayat aku...






oke korang.bye....
salam.




Friday, June 24, 2011

KECUAKAN MELANDA

Assalamualaikum...


cuak yang teramat sangat-sangat... presentation BEL.
over confident kot aku nie. aku memang terasa cuak giler kalau terover confident.
aku plan awal-awal aku nak present dalam bahasa yang paling lembut, sopan and ayu.


TUP, TUP,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
time nak buat opening untuk presentation tu, aku memang dah siap plan nak cakap pasal satu quote nie




dan................................ AKHIRNYA. tu dia... tudia... dah keluar dah suara nyaring dia. aku terover kan volume suara. sory sangat kawan-kawan yang terpaksa mendengar presentation yang aku rasa memang paling buruk aku pernah buat. dengan bercakapnya laju giler. explain entah ape-ape.


CUAK!!!!!!!!!


positive thinking.... :)
aku dah buat yang terbaik. next time controlkan ko punya volume suara.
jangan terover laju time cakap depan public.

ni lah kesan sebab latihan sampai tengah malam kat maktab dulu.bahas la, forumlah.apelah. amik ko.... energy yang tersimpan dalam kotak suara habis semua dah keluar time presentation hari nie. dah la aku memang dah kena train dengan suara kuat dari sekolah rendah lagi. sebab masuk sajak punya pasal lah nie....

p/s : controlkan gaya persembahan di depan public. buat simple tapi menarik....

aku macam tu ke..??

Wednesday, June 22, 2011

SAYA NAK BERUBAH...

Assalamualaikum...


persiapan diri untuk menghadapi hari seterusnya...
saya tak nak benda yang sama berulang lagi...
lagi baik saya tamatkan benda alah nie secepat mungkin

doakan saya dapat buat yang terbaikk...
and moga dipermudahkan hari-hari esok..
saya di universiti
bukan lagi di sekolah.

KEJAHATAN SUATU MASA DAHULU BERULANG LAGI

Assalamualaikum...


terpaksa dan terpaksa dan terpaksa...............

minta maaf. ini entry yang tersangat pendek.sekadar luahan perasaan bagi menghadapi hari seterusnya dengan kejahatan yang dilakukan...
moga saya akan berubah. doakan.... amin.

Monday, June 20, 2011

Saturday, June 18, 2011

BENARKAH SAYA LAYAK...?

Assalamualaikum...


semalam punya semalam punya hari, lepas jer solat subuh and buat ape benda yang patut sebelum pergi kuliah..
tuttt, tutttt....... phone aku pon vibrate(silent mode).


then, aku baca lah mesej apa yang aku dapat pepagi hari tu..... and tersangat-sangat terkejut.
dari situ aku mula terfikir. aku ni layak ke untuk menjadi seperti yang tertera dalam mesej tu.
jadi apa...?????


buat masa sekarang aku tak bersedia untuk beritahu.(ada ke orang nak tahu).. seriously. aku nie orang biasa yang suka berceloteh, buat benda yang tak patut. and aku pon antara manusia yang pernah buat silap besar dalam hidup aku. tapi di UITM nie. aku ambil keputusan nak hilangkan semua memori pasal kerja yang 'tak baik' yang aku pernah buat dulu-dulu.


yeah, aku apply untuk 'benda' tu. aku juga berharap aku terpilih untuk ;benda' tu. bila dah terpilih..... aku rasa oke,,, ramai giler yang lagi baik dari aku. asal sekolah yang memang dah terbukti mendidik ke arah tu. sedangkan aku dari aliran sains. and pengakuan secara jujur. sejak dari kecil sampai ke kurang muda nie. aku bukanlah pelajar sekolah agama. and tak pernah dididik dengan aliran tu.


tapi. alhamdulillah. aku ada mak ayah, arwah atuk nenek aku. yang memang ada basic agama yang kuat ke arah benda tu. kakak aku yang dulu lagi rock and roll dari aku dulu pon. dah berubah jadi baik giler......
and dia pon banyak bagi nasihat and kadang-kadang suka merepek and marah. tapi bagi aku nasihat maka yah aku,kakak aku, orang sekeliling aku, kawan aku.... aku terima dengan sepenuh hati...


aku teramat-amat beruntung sebab ada kawan yang mampu bantu aku, bimbing aku, untuk tak terlepas dari pegangan 'tali' yang aku rasa tanpa makhluk-makhluk Allah ni, tali yang pegang aku ni akan cepat putus.




bak kata pepatah orang sekeliling aku, " duduk di bandar ni culture shock. kat UITM lagilah. dah la boleh pakai macam-macam. belajar agama pon kurang. dah la banyak kes anak luar nikah la, GRO lah. banyak dikaitakan dengan budak UITM. rosak-rosak bila masuk UITM".................. (apa kejadahnya)


 kawan aku dari imtiaz pernah bagitau, kawan-kawan dia yang dapat tau dia study di uitm, pernah kata ayat yang lebih kurang macam ayat yang aku tulis tu....


tapi,kat sini.sebagai budak yang tak pernah dapt didikan sekolah agama and dah rasa liku-liku kehidupan sosial..... sebenarnya, semua benda tu atas diri masing-masing. kalau korang ada imam dan jati diri yang kuat, insyaAllah takdenya korang terpengaruh dengan benda-benda yang tak baik..


jadilah benih yang baik.... dicampak di mana-mana pon, tetap tumbuh dengan eloknya........ :D









Friday, June 3, 2011

ENTRY KHAS UNTUK GADIS BERNAMA MARDHIANA

Assalamualaikum..


yeahh!!! lama kot tak update blog,rindu je nak update..
fine..bukan tak nak update. tapi memang sejak dah sambung balik belajar, masa nak melepak seharian depan laptop pon dah kurang.duh!! ayat berterabur
kesian cikgu ruhani bm.ampun cikgu.....


wahhh!!!! mesti madi terharu bila baca entry nie..oke,sorang kawan aku dah terharu.
lepas nie buat entry untuk my buddy plak.OPPA HEE CHUL.
lagi sorang kawan aku terharu.... aku pernah buat entry pasal kawan nie...
fine,,tiga orang dah terharu.
*korang bila pulak nak buat aku terharu,asyik-asyik orang lain je buat aku terharu.ehem.






actually,,entry nie lebih pada nak jawab persoalan gedik pelik madi..
tak,,tak adelah yang peliknya..(muka innocent)


apa soalan pelik ko...meh nak kasi tau sama kamu yer madi


1. pelik ke bila seseorang itu tak minat sesiapapon dalam usia sweet seventeen nie


oh yer.memang pelik.sebab benda tu lumrah bagi seseorang untuk meminati sesiapa yang berlawanan jantina dan sifatnya. sebaik mana sekalipon seorang tu,akan terdetik jugak perasaan tu.cuma,,bergantung kepada kita untuk kawal perasaan tu or juz biarkan perasaan itu menguasai kita. wahh!!! doktor cinta gitu hari nie.
itu maknaya korang nie sememangnya abnormal normal bila korang ada meminati someone di usia ini...


2. pelik ke bila seseorang itu tak mengeluarkan air mata walaupun dalam penderitaan jiwa dan mental


sebenarnya lah, setiap orang lain kepala lain cara pemikirannya. ada yang dibekalkan dengan hati yang keras dari luaran. so, kalau korang perasan,perempuan selalunya dilabelkan dengan makhluk yang cepat menangis. tak macam aku.. aku menangis time tak dapat naik bukit jer.. so, bagi aku benda tu tak pelik. sebab orang macam nie memang tersangat tabah and aku agak respect orang macam tu.


maybe banyak sangat benda pahit yang dia dah lalui sampai benda yang berat bagi kita juz benda ciput jer bagi dia, nie tak, sikit-sikit nangis, sikit-skit sakit macam drama indonesia. sikit-sikit kena buli. aduhh!! aku pon tak paham dengan mentaliti masyarakat kita. orang baik jer mesti dilabel lemah. pastu, orang jahat punyalah cerdik, otak bergeliga... oke-oke. dah melalut sampai drama filem pulak.aishhh.






nie entry yang pendek. yang aku tengah tulis sambil pandang kawasan pemandangan bukit dari luar tingkap bilik aku, so, bagi sape-sape yang kutuk kata puncak alam area dalam hutan, tempat pembunuhan, and jauh dari kawasan bandar. korang patut rasa life di puncak alam nie.heaven kot... 


hari-hari dapat jogging naik turun tangga kejayaan. tak payah korang susah-susah keluar bilik nak jogging tiap-tiap petang. naik 284 anak tangga sehari pon dah cukup. pastu janganlah pulak korang tiru macam aku. balik jer dari naik anak tangga KEJAYAAN, terus mengadap makanan.memanng tak ada maknanyalah usaha korang tu.


tapi yang paling best, pemandangan kawasan puncak alam, sumpah cantik. bilik pon agak selesa. korang patut try hidup di area puncak alam nie... 
MEMANG PUNCAK SEGALA ALAM LAH UITM PUNCAK ALAM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.