Wednesday, May 4, 2011

MATA-MATA YANG PATUT KITA GUNA

Assalamualaikum....


oh yer, nie sekali lagi tumblr ciplak. tapi tak kisahla ciplak ke tak, yang penting maksud tumblr tu sendiri. ramai yang mengadu beritahu yang tak puas hati. tak dapat semua yang dia nak. pastu, buat gaya ala-ala  histeria tak ingat dunia. tapi, try korang muhasabah diri sejenak. fikir luar dari belenggu masalah korang. means, korang jadi orang yang berfikiran bebas. try tengok masalah dari sudut orang lain.


emolah....


satu cara yang pernah baca kalau nak menilai satu benda, lihat something tu dari beberapa mata. contohnya, kalau pasal peluang study yang korang idamkan tak dapat. nilai benda tu dari mata hati korang, mata sebagai masyarakat luar yang langsung tak kenal kita, mata kawan-kawan or sedara kita. 


oke, kalau korang cakap semua yang dinilaikan tu lebih ke arah negatif. akhir sekali korang nilai daripada mata hati korang. mata-mata yang lain tu, semuanya untuk dijadikan booster pada korang. bila aku tak dapat nie, orang pandang rendah la ape semua. so, kita amik pandangan negatif orang untuk kita buktikan yang sekali gagal, tak semestinya gagal selalu kan.


life is a test..


tapi, yang paling penting mata hati korang dari dalam. yang paling dalam. sebab, mata hati tulah yang paling jujur and tak pernah menipu korang. nie, contoh bila mata hati and mata-mata yang lain bagi pendapat kat diri korang.


situasi : result down and tak dapat belajar di tempat yang diidamkan


masyarakat luar : duduk sekolah pandai-pandai, result ciput. buat habis borah jer. baik ler masuk sekolah biasa-biasa. result pon tinggi jugak... 


kawan-kawan : herrrmm, kecian kawan aku tu, entah-entah dia ada masalah kot. tu yang jadi result down giler. kat sekolah lama oke jugak result tu


orang yang tak suka kita : hahahaha, padan muka si ain tu. tu lah. dulu bajet pandai sangat. tengok, result aku lagi gempak dari dia.


mak ayah : anak aku tu, kalau lah aku hantar sekolah biasa, result oke dah tu. tu lah, ngade-ngade nak pergi sekolah asrama ape ntah. pulak tu sekolah pandai. pastu, mulalah stress tak boleh ikut la, ape lah. lepas nie, semua tempat belajar tak boleh bagi dia pilih sendiri.


see, mesti korang cakap, mak aii banyaknya pandangan negatif.kenapa tak bagi pandangan dari sudut positif. ada reason dia kenapa aku tak bagi pandangan dari sudut positif.


1. tak nak bagi korang, duduk dalam zon selesa.


2. sebagai booster pada korang supaya rasa tercabar bila dicabar and dipandang rendah oleh orang lain. so, korang akan try improvekan diri korang bagi menyangkal pandangan negatif mata-mata tu pada diri korang.


boleh ke...??

mata hati paling dalam : yeah,, aku tau sebab apa result aku down. dah la banyak tak dengar cikgu ajar. belajar pon last minute. pastu, bajet cam pandai sangat buat homework pon main-main. bila cikgu suruh baca bab tu, buat tak dengar. skip kelas sebab pentingkan benda lain dulu. tu lah, terlibat dengan aktiviti ko sangat. syok dengan koku tu sampai lupa terus study. sebenarnya masalah result aku down bukan sebab situasi sekolah tu sendiri.


tapi aku sendiri yang menghancurkan diri. aku tak boleh nak salahkan mak ayah yang hantar aku kat sekolah tu. tak boleh salahkan cikgu. tak boleh salahkan kawan. semua tu salah aku...... aku rasa kalaulah masa boleh putar balik, nak sangat aku buat betul-betul dalam study. tak nak dah main-main. tapi masa tak boleh putarkan.


so, tak kisahlah kat mana sekali pon aku belajar. yang penting walaupon result aku tak delah segempak orang lain. aku nak buktikan aku jugak boleh jadi segempak orang yang dapat straight or pandai... amin.
comel kan dia senyum...


so, korang lihatlah dari pelbagai mata. amik yang positif and yang negatif jadikan booster untuk diri korang... kisah yang atas tu based on pengalaman diri sendiri and kawan-kawan... saya pon bukan pandai sangat. juz sharing.


thanz korang sebab baca or terbaca. bye2 korang. wassalam.













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.