Saturday, May 7, 2011

KALAU KORANG TAK SIAP ASSIGNMENT, INI PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum.


aishh, tak masuk uni dah siap buat back up plan macam mana kalau tak siap assignment.
nie aku jumpa satu cara yang agak bijak. in case lah kalau korang tak siap. tapi make sure siap tau.


and jangan salah kan aku kalau taktik nie kantoi dengan lect korang. aku tak pernah cuba lagi.. aku juz tunjuk jer. mana tau time tu korang terdesak nak mati. ini caranya. tapi untuk assignment yang kena hantar pakai emel jer. yang pakai tangan. sori,, tak dapat den nak nolong..












again, jangan salahkan aku kalau benda nie kantoi,, sebab ape aku bagi benda nie. aku paham.kadang-kadang aku pon macam tu. terdesak sangat sebab hal kecemasan. sampai tak sempat nak buat. nie main-main jer.


*yer, korang boleh usya link http://munsyi.tumblr.com/ , sebab tumblr dia agak cantik and  syahdu. suka tengok.


bye2 korang. wassalam.

BILA BIOLOGI MENJADI MASALAH

Assalamualaikum.


aku sekarang tengah berfikiran positif untuk terima apa jer yang orang kata terutamanya mak ayah.sekarang nie tau semua budak lepasan SPM pakat dok sibuk mentelaah surat-surat tawaran yang dyorang dapat.


and, semua pakat dok pening nak sambung study mana lepas nie. termasuklah aku jugak.
satu harapan yang paling aku harapkan dah musnah iaitu SPM. tapi alhamdulillah walaupon aim aku untuk dapat straight tak dapat disebabkan subjek bio tapi rezeki 8A 1B itupon dah sangat bermakna.


kadang-kadang aku terpikir, yer, aku tau aku takdelah sepandai korang. and subjek BIO merupakan antara subjek yang aku struggle giler untuk SPM. seyesly, aku bukan lah otak bio and dalam hidup aku tak pernah sekali pon aku bercita-cita nak amik medik walaupon course tu antara course yang paling HOT kat maktab aku. semua pakat dok aim nak amik medik. and kalau ada ceramah kerjaya, bilangan kami-kami tak bercita-cita nak ambil medik dianggap golongan minoriti. tapi, aku tak delah sampai tahap benci dekat bio tu. tapi aku aim sesuatu yang diluar lingkungan medik untuk further study nanti.




bio antara subjek yang aku minat time form 4, sebab tu dapat skor. tapi bila jer aku naik form 5, bio antara subjek yang aku rasa tak minat sangat untuk 6 bulan pertama, sebab, paling aku tak suka bab reproduction and plants. time teacher ajar macam mana satu jasad itu dapat dibentuk, aku dapat bayangkan betapa ngerinya benda tu. and aku rasa bulu roma aku naik.seyesly aku tak boleh dengar benda-benda yang menyakitkan sebab bagi aku untuk membentuk satu jasad bagi seorang perempuan merupakan satu kesakitan yang amat sangat. 


so,hargailah jasa ibu korang. and aku sendiri tak dapat bayangkan macam kalau aku yang terpaksa mempraktikalkan kan situasi yang aku belajar dalam bab reproduction itu 10 tahun akan datang. harap dipermudahkan... amin.


tapi sebaliknya berlaku pulak lepas tu untuk beberapa bulan before SPM. aku tiba-tiba jer minat subjek tu. weird kan.. yer, tiba-tiba jer excited giler bila ada subjek bio sebab mentor bio aku ALIA seorang yang cukup pandai mengajar and sanggup  layan kerenah aku yang tanya soalan ape entah. time program mentor mentee, aku antara orang yang tersangat excited. before perjumpaan mentor mentee, aku pastikan aku baca penuh bab apa yang nak discuss and boleh ler aku tanya kalau ada ape jer benda yang aku tak faham.


seyesly, aku memang aim untuk bio SPM nie. sebabnya, aku tak nak kecewakan cikgu bio aku and aku tak nak kecewakan harapan mentor bio aku tu. tapi, rezeki tak memihak, benda yang aku aim tu lah yang menjadi punca result SPM aku tercatat satu B+. tapi alhamdulillah. aku tak nak mempertikaikan. maybe ada hikmah. time aku tengah buat entry nie tiba-tiba jer rasa bersemangat nak buat module bio.




aku ingat lagi, module bio sememangnya aku conteng habis kat semua ruang. sebab aku jenis yang suka catat note. entah tangan aku nie rajin kot nak menulis bendalah tu. tapi kadang-kadang sampai aku sendiri pon tak terbaca note aku tu. pen merah siap note aku. yeah, di sini aku ingin menyatakan subjek bio merupakan antara subjek feveret aku........ 


aku harap aku dapat buat yang terbaik di UITM Puncak Alam, dalam course asasi sains. aku nak aim pointer yang tinggi. insyaAllah. doakan yer. lagipon aku tersangat berminat untuk sambung ijazah dalam course computer and mathematics science. tapi mana tau kan. sampai-sampai sana aku dah jadi minat medik kan,,, amin. kawan-kawan yang dapat di Puncak Alam tu agak ramai. tu yang tak sabar.... and aku terpaksa menolak tawaran matrik asasi sains demi impian aku nak sambung study di uni. tak sabar nak  study and round kawasan uni tu yang besar gedabak... nak sangat rasa hidup sebagai seorang mahasiswa. hehe. orang lain semua post pasal tawaran diorang dapat. aku pulak kat sini membebel pasal bio. 


p/s : parents aku berharap sangat aku masuk maktab dalam course matematik sekolah menengah. tapi seyesly, aku tak nak masuk maktab..... aku berharap aku tak dapat tawaran tu. tapi kan, benda yang kita tak nak kan tu selalu dapat. doakan yang terbaik buat aku. aku tak nak study dalam keadaan keterpaksaan...... 


bye2 korang. wassalam. 

Wednesday, May 4, 2011

MATA-MATA YANG PATUT KITA GUNA

Assalamualaikum....


oh yer, nie sekali lagi tumblr ciplak. tapi tak kisahla ciplak ke tak, yang penting maksud tumblr tu sendiri. ramai yang mengadu beritahu yang tak puas hati. tak dapat semua yang dia nak. pastu, buat gaya ala-ala  histeria tak ingat dunia. tapi, try korang muhasabah diri sejenak. fikir luar dari belenggu masalah korang. means, korang jadi orang yang berfikiran bebas. try tengok masalah dari sudut orang lain.


emolah....


satu cara yang pernah baca kalau nak menilai satu benda, lihat something tu dari beberapa mata. contohnya, kalau pasal peluang study yang korang idamkan tak dapat. nilai benda tu dari mata hati korang, mata sebagai masyarakat luar yang langsung tak kenal kita, mata kawan-kawan or sedara kita. 


oke, kalau korang cakap semua yang dinilaikan tu lebih ke arah negatif. akhir sekali korang nilai daripada mata hati korang. mata-mata yang lain tu, semuanya untuk dijadikan booster pada korang. bila aku tak dapat nie, orang pandang rendah la ape semua. so, kita amik pandangan negatif orang untuk kita buktikan yang sekali gagal, tak semestinya gagal selalu kan.


life is a test..


tapi, yang paling penting mata hati korang dari dalam. yang paling dalam. sebab, mata hati tulah yang paling jujur and tak pernah menipu korang. nie, contoh bila mata hati and mata-mata yang lain bagi pendapat kat diri korang.


situasi : result down and tak dapat belajar di tempat yang diidamkan


masyarakat luar : duduk sekolah pandai-pandai, result ciput. buat habis borah jer. baik ler masuk sekolah biasa-biasa. result pon tinggi jugak... 


kawan-kawan : herrrmm, kecian kawan aku tu, entah-entah dia ada masalah kot. tu yang jadi result down giler. kat sekolah lama oke jugak result tu


orang yang tak suka kita : hahahaha, padan muka si ain tu. tu lah. dulu bajet pandai sangat. tengok, result aku lagi gempak dari dia.


mak ayah : anak aku tu, kalau lah aku hantar sekolah biasa, result oke dah tu. tu lah, ngade-ngade nak pergi sekolah asrama ape ntah. pulak tu sekolah pandai. pastu, mulalah stress tak boleh ikut la, ape lah. lepas nie, semua tempat belajar tak boleh bagi dia pilih sendiri.


see, mesti korang cakap, mak aii banyaknya pandangan negatif.kenapa tak bagi pandangan dari sudut positif. ada reason dia kenapa aku tak bagi pandangan dari sudut positif.


1. tak nak bagi korang, duduk dalam zon selesa.


2. sebagai booster pada korang supaya rasa tercabar bila dicabar and dipandang rendah oleh orang lain. so, korang akan try improvekan diri korang bagi menyangkal pandangan negatif mata-mata tu pada diri korang.


boleh ke...??

mata hati paling dalam : yeah,, aku tau sebab apa result aku down. dah la banyak tak dengar cikgu ajar. belajar pon last minute. pastu, bajet cam pandai sangat buat homework pon main-main. bila cikgu suruh baca bab tu, buat tak dengar. skip kelas sebab pentingkan benda lain dulu. tu lah, terlibat dengan aktiviti ko sangat. syok dengan koku tu sampai lupa terus study. sebenarnya masalah result aku down bukan sebab situasi sekolah tu sendiri.


tapi aku sendiri yang menghancurkan diri. aku tak boleh nak salahkan mak ayah yang hantar aku kat sekolah tu. tak boleh salahkan cikgu. tak boleh salahkan kawan. semua tu salah aku...... aku rasa kalaulah masa boleh putar balik, nak sangat aku buat betul-betul dalam study. tak nak dah main-main. tapi masa tak boleh putarkan.


so, tak kisahlah kat mana sekali pon aku belajar. yang penting walaupon result aku tak delah segempak orang lain. aku nak buktikan aku jugak boleh jadi segempak orang yang dapat straight or pandai... amin.
comel kan dia senyum...


so, korang lihatlah dari pelbagai mata. amik yang positif and yang negatif jadikan booster untuk diri korang... kisah yang atas tu based on pengalaman diri sendiri and kawan-kawan... saya pon bukan pandai sangat. juz sharing.


thanz korang sebab baca or terbaca. bye2 korang. wassalam.













MY CREATION

Assalamualaikum.


oh yer, sebelum pergi pada entry yang serius, tiba-tiba rasa nak share dengan korang pasal tumblr yang saya buat sendiri.


yeah, jangan gelak. nie juz tumblr yang simple and diedit sepenuhnya menggunakan software photoshop CS5 yang dihack oleh zam ashraff. nak beli yang ori, mak aihh, mahal lah pulak. 


kebanyakan gambar dalam entry saya sebelum nie semua ciplak tumblr orang. so, tibalah masa nak buat sendiri punya. walaupon tak berapa cantik. at least, hakcipta terpelihara yer, kalu nak ciplak pon saya tak kisah. tapi, ada ke masalahnya..?




 there are no failure...

model dalam gambar nie siap komen tumblr yang guna gambar dia buruk, dasyat lah. ape lah. pastu, bila tanya apa yang tak kena, mana tau boleh improve.. tak nak jawab pulak.. haishh. nak cantik edit sendiri yer. saya tak kisah orang nak komen. sebab tanpa komen membina macam mana nak maju kan. suka background dia yang bermain dengan tone and shadow.


kasi buang itu gitar.

act, background untuk tumblr nie, di crop dari gambar atas nie. pastu, edit sikit bagi nampak texture dia ala-ala dinding batu sekolah.pastu main dengan teknik shadow light. tu jer. saya still bertatih dalam bidang nie yer.


A NEW FRIEND, A NEW LOVE, A NEW LIFE

next tumblr, gambar athirah. sumpah ayu dalam gambar nie. siap pose ala-ala kasi warning gitu. tapi, kualiti gambar tu kurang. tu gambar blurr je.. mak usu dia siap nak tempah lagi yer. tumblr nie agak simple. sebab juz main dengan teknik burnt and shadow. pastu, adjust opacity. tup, siap. tambah line atas nama and letak outer glow... dah jadi tumblr nie.

* ayat tumblr tu silap sebab terlalu syok mengedit bendalah yang lain sampai lupa nak perhati words tu. hampeh betollah. rasa geram je. nak edit balik rasa malas pulak.

stress

inilah background untuk tumblr tirah tu. rahsia kenapa posisi gambar tirah diletakkan di sebelah kanan sebab nak tutup gambar orang yang tengah termenung tu lah...


anda apa yang anda fikirkan..

identiti model berniqab untuk tumblr nie dirahsiakan bagi mengurangkan fitnah yang berleluasa. tumblr nie pulak guna teknik vignetting and macam biasa background ciplak. main dengan shadow and tukar pada grayscale. yang nie, kalau korang tak terer guna photoshop. photoscape pon boleh. bisa aje, asalkan menjadi. lagipon tumblr nie agak simple..

and tumblr TERAGUNG yang paling last...



=




=




=


header blog........... =)

yang nie pulak, banyak guna shape. pastu, guna teknik emboss and bevel. untuk tajuk blog tu ada bermain dengan texture. paint. opacity. and glowing line yang menggunakan pressure.

untuk tutorial bendalah nie, korang boleh jer nak tanya dengan menghantar di email amalina_work@yahoo.com.my. tapi, rasanya macam korang lagi terer kot pasal bendalah nie. tak ape, juz sharing je......

 okelah korang. nie entry mengarut sikit aje. saje nak share dengan korang cara nak buat tumblr yang simple. walaupon tumblr yang atas nie semua tak berapa cantik...

bye2 korang.......... wassalam.


Tuesday, May 3, 2011

STUDENT LIFE DULU-DULU ( PART 1)

Assalamualaikum.


yer,, satu lagi entry sempoi, before nak update satu entry yang dah buat sedikit research. and memerlukan orang yang pakar untuk memberi pendapat... wahh!! macam bajet kot ayat nie. tak ape. saya tak kisah pon orang nak kata saya bajet. sebab saya bajet kat sini jer...


and, saya dapat satu berita yang membuat saya senyum tak berhenti-henti. kawan dari sekolah rendah and suka main ala-ala ejen cia cari skandal and gosip-gosip baru untuk dijadikan bahan bercerita. dulu lah, dulu yer.. time otak budak-budak and tak heavy macam sekarang. sekarang heavy ker...???


*asal,ko tiba-tiba guna saya nie. apa kes. bajet ayu ker..O.o




lari......!!!!


yer, saya memang 'ayu' pon... again. ayat bajet. sebenarnya, hari nie jer. nak lepas tension jadi ayu . bila tengok balik-balik ayat yang entry sebelum nie. sumpah ayat macam laki.. tapi, ada saya kisah. again, hari nie je. lagipon terpengaruh dengan gaya penulisan awesome blogger yang saya admire sangat. and mostly daripada awesome bloggers, LELAKI. yeah, saya suka gaya FATIN LIYANA. okelah, dah melalut jauh nie.


TADIKA


kenangan time tadika nie. tak ingat sangat lah. cuma ingat tadika tu, main susun kasut. dalam tadika tu ada library. wow.awesome.sebab saya antara orang yang 'rajin' mengambil and tak susun balik buku tu yer. ehh, dan, kenangan saya pakai pampers yer di tadika. makan ramai-ramai dengan budak-budak comel yang still pakai skirt and ribbon di kepala. comel sangat bila ingat balik time tu. 


oh, yer.. saya dah melalui alam tadika umur 4 tahun lagi. entah pasal apa kena hantar awal. rasanya,sebab. time umur 3 tahun, saya dah boleh ingat sifir 3 kot. pastu, mulalah orang cakap budak nie genius apa lah. tup-tup. bila dah masuk umur 5 tahun, semua sifir tak ingat balik. oke, terbukti, saya bukan budak genius. 




dream....


please remeber this nama. fahim, hamidi, fauzan.izzati husna.dyorang antara yang still wujud dalam real life.means. still contact lagi. dalam fb. seyesly, suka tengok muka-muka budak nie dari tadika sampai lah tahap kurang muda jer nie... okelah korang. tadika nie tak berapa nak ingat. ingat semua time tu cute and comel jer... 




bye2 korang... =)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.