Wednesday, November 30, 2011

BILA BUSY DENGAN DUNIAWI

Assalamualaikum...


short update! sejak-menjak ni kan..... senang cerita sejak saya dah masuk second sem di uitm ni aka LAST SEM asasi dekat sini...  memang kebezian tak terkata.... dari first week lagi.. dah start lecture and tutorial bagai... *saya punya tutorial pon banyak tak siap lagi...

so, memang masa untuk online, chatting dengan kawan-kawan... lepak-lepak.. download video di utube.. baca blog, layan info hacking or computer di grup rileks screw and blog.seyesly.... SANGAT TERHAD. sampai kan ada my friend yang cakap saya dah sepi tanpa berita.haha.

 tapi kan... walaupon busy dengan kerja-kerja sebagai student ni.. saya perasan satu benda. yer... saya terperasan dengan perubahan diri saya.. saya suka dengan kebezian ini. saya suka dengan semangat yang saya ada ini. dah tak addicted dengan FB, online bagai....

and saya tersangat suka dengan spirit saya yang berkobar-kobar untuk study..saya tersangat-sangat berharap ianya long lasting.thanks a lot dengan support mak ayah, kakak and adik-adik.kawan-kawan yang always raise me up.. bila saya down.*teringat belaian my roomate di bahu yang selalu support and tegur bila saya buat silap.


duniawi yang saya state kan dekat tajuk atas tu actually refer pasal life saya dengan people yang realiti. bukan virtual...... kadang-kadang terfikir.. i should spend more time with REAL community... bukan membuzykan diri dengan people di alam maya semata-mata....WHY? saya tak nak sense of manner dengan community hilang sebab terlalu fokus dengan virtual friends only.. sory guys especially my friends yang selalu spend masa berborak and berchatting di FB..i hope they can read my confession ni..


ada satu malam.. saya buat sesi luahan hati dengan my roomate... and dari sesi luahan hati tu.*tears down. it gives me a lot of spirit. spirit bout my relationship with Allah swt... how far i am with Allah..hipokrasi. kisah silam yang saya tak nak lalui and ingat balik. and semua mistake or kejahatan yang saya pernah buat dulu. kalau lah ada alat yang nak bagi lupa memori macam dalam movie men in black.

i want to share one tip how to be a rajin person.insyaAllah... scroll down guys!!


jom amalkan. :)

okelah. tu jelah short update. teheee...kalau ada masa or tak busy dengan lab report, tutorial, revison before and after lecture, quiz, test... i will write again. and i want to share more tips.not focus on random story only. saya try berfikiran matang... :P.  im 18 okay...and im going to be 19, next year..hehe.

tu je. salam.

p/s : kebezian sampai tak sempat nak fikir pasal life partner. okay. JANGAN PERCAYA.

Sunday, November 13, 2011

SAY NO! PENGANGGU EMOSI ALAM MAYA

Assalamualaikum....


owh. time ni mood menulis hal-hal biasa.biasalah remaja kan..owh yer,penganggu emosi.. ayat nie act refer orang atau apa-apa jer menganggu emosi. emosi jer tau. lets share some tips.. 


tapi kan... saya nak fokus untuk alam maya je.. no butthurt please..




1. THINK POSITIVE!
pernah tak rasa certain post or cerita yang orang lain buat macam kena batang hidung sendiri..kan. oke. saya pernah.


yeah. dulu saya agak prejudis.sangat kot. maybe time tu tak terdedah dengan dunia luar. terlekat dalam tempurung jer.. so, macam tu lah jadinya.tapi bila dah pindah sekolah luar dari negeri n banyak bergaul dengan orang. now i know the reality of life walaupon tak semua.... why not kita take positive apa yang orang kata. mesti ada reason kan bila orang cakap pasal kita. muhasabah diri.. jangan EGO dengan diri sendiri.*terkenang kenangan pahit selalu blame orang.i should blame myself actually.


2. REPORT AS SPAM / DEACTIVATE OR DELETE ACCOUNT / BLOCK
hehe.. apa susah. nak kejam sikit. kot-kot tak tahan orang mengata or apa-apa status yang kita buat sampai orang nak kutuk. delete jer.. buat jer macam tu. pastu tak nampaklah la update pasal status tu keluar kat homepage kan.(FB) saya pernah la dalam beberapa kali decativate fb aku. tapi time tu penganggu emosi is FINAL EXAM! fb tu macam ada kuasa pukau. nak mintak selalu online.so, baik deactivate jer..tapi actually kalu kita nak reactivate balik. senang je kan. sebab tu mindset kena kuat....

3. MENYERAH DIRI
owh. why not ambik pendekatan berkonsepkan agama.terbaeekkk! kalau rasa nak marah ke..tersakit hati ker. istighfar.. kalau nak lagi bagus. baca al-quran...amik wudhuk.. buat solat sunat insyaAllah. cara ni paling berkesan. amik masa nie fikir balik apa yang jadi dalam hidup kita. right? no matter what. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik. Dia tak kan bagi apa yang kita nak, tapi apa sepatutnya yang kita perlukan.



4. AWARE - CINTA ALAM MAYA
some tips untuk yang nak elakkan cinta alam maya. limit our relationship. means.. macam ni. teruna n dara ni memang berkawan baik. selalu contact di dunia IT ni.. sebab jarak jauh kan.. lama-lama sebab terlalu baik. selalu share pasal masalah ke apa..tersuka... cerita ni biasa kan kita dengar.so, meh saya share sikit rahsia. macam mana nak elak benda ni. sebab saya sendiri pon pernah ada pengalaman tersuka. biasalah kan. hidup dalam komuniti yang bergaul dengan laki perempuan. so, memang kena pandai jaga diri. lagipon cinta IT ni agak bahaya. tak ada jaminan. *ada kaitan..?

first... bila dah terdetik perasaan tersuka tu. kurangkan contact. tak boleh..? tak tahan sebab tak berhubung sehari..? try.. mesti bolehnya. mindset kena kuat yer kawan-kawan. kalau nampak kawan tu tengah online. terus ofline.haha. fb sendiri ada cara nak private list online kita. korang try adjust setting dekat friend. buat satu list  friend khusus. so,kita tak kan nampak dia online n sebaliknya bila kita unavailable kan list tu. mudahkan... *please ask me for tutorial in comment if korang nak try cara private ni. tapi korang lagi expert rasanya.

so.kurangkan contact. insyaAllah. mesti bolehnya. tak pon. if contact melalu mesej ke fon. jangan pick up phone. kejam kan.. tapi serious cara tu berkesan. mesej... delete je mesej yang buat kita terkenang-kenang. seksa kan nak tekan delete tu. tapi lepas jer buat.. fuhhhhhhh. LEGA.



dah habis... pernah terbaca. tapi tak ingat kat mana, apa yang kita rasa bila selalu contact tu sebenarnya perasaan sementara sebab kita rasa dihargai n di ambil berat. so, kalau nak hilangkan perasaan tersuka tu. try jangan contact paling kurang seminggu n delete apa-apa jer yang berkaitan. owh, im talking bout relationship dekat dunia it jer... * ehh.kenapa tips ni paling panjang...??

tu jer.. salam.uhibbuki fillah.

p/s : saya tengah fokus dengan pembacaan pasal isu-isu serius. sebab teringin nak buat entry yang berilmu. owh.pelik ke tiba-tiba minat dengan pembacaan pasal dunia IT n hacking.. tengok sidebar. try korek ilmu IT dekat sana. serious. awesome!








Friday, November 4, 2011

STUDENT-EXAM-RESULT

Assalamualaikum...



yer, hari ni result untuk student UiTM dah keluar.. bagi yang dah tengok result dan tiba-tiba terkejut. macam mana korang boleh dapat pointer setinggi itu.. *aku punya rendah je..

aku nak share pasal cara korang nak kira pointer.khas untuk student UiTM.. bagi student u lain aku tak sure cara grading diaorang. insyaAllah..kalau aku ada masa aku usya-usyalah cara grading diaorang...

first of all...... check this out.


MARK
GRED
POINTER
90-100
A+
4.00
80-89
A
4.00
75-79
A-
3.67
70-74
B+
3.33
65-69
B
3.00
60-64
B-
2.67
55-59
C+
2.33
50-54
C
2.00
47-49
C-
1.67
44-46
D+
1.33
40-43
D
1.00


OKE.see...banyak kan beza pointer diaorang. A dgn A-
move on to the next step...........

korang plus kan total pointer darab credit hour korang macam ni 
(4.00 x 3.0) + (4.00 x 5.0) + ....................................... = total pointer

pluskan kan pulak total credit hour korang yang korang ambil macam bawah ni
5.00 + 2.00 + 3.00 + .................................. = total credit hour

pastu kan...... amik total pointer korang and dividekan dengan total credit hour. contohnya macam ni..

   total pointer  x credit hour     = pointer korang untuk satu sem
          total credit hour 

dah dapat pointer sebenar korang....weee~~~

aaa.... kalau nak tahu pointer keseluruhan sem.. kerja gampang mbak.

   total pointer x credit hour semua sem     = purata nilai gred
       total credit hour semua sem

fuhhhhhhhhh. akhirnya dah siap.mudah cepat ringkas kan..... wokehhhh. harap korang dapat pointer gempak. doakan aku gak untuk sem dua nanti. hwaitingggg!!!!!

salam.






Thursday, October 27, 2011

PART 3 : BUNUH DIRI DAN BUNUH ORANG

Assalamualaikum...



wooohh.lama sehh tak tulis-tulis ni.rindu pulak sehhh..gua rasa macam nak upate blog lerr hari ni. *ayat kerek


dah start dah, mari kita berubah menjadi perempuan sejati....yang lagi lemah lembut bahasanya.... macam biasa aku lagi suka guna aku korang dari saya dalam tulisan aku...


ok. dah habis merapu benda tak berfaedah............................


dulu aku pernah tulis pasal siti saleha dengan nora elena yang try buat cubaan bunuh diri sebab tekanan dengan study dan kawan-kawan. hari ni aku nak cerita pasal seth tan.
dia ni kawan aku.kawan yang aku kenal dari mana. tak boleh la aku nak bagitau. tapi aku kenal la....


ada satu malam. aku tengah online fb. dia datang tegor. first ayat dia bila dia tegor aku...


"kalau nak bunuh orang boleh tak"


serius sehh ayat dia. tak da pon 'haha' kat belakang ayat dia. bagi aku kalau tak da smiley or apa-apa ayat yang menunjukkan dia tengah bergurau... tu maknanya dia tengah serius tu.....


aku pon reply la balik...... mana tau.dia saja nak buat cerita dengan aku tengah-tengah malam. memang nak kena makan saman aku lah kalau saja kasi aku gentar...aku tak ingat apa yang aku reply. tapi lepas tu dia reply la balik...... memang aku terkejut sambil terketar tangan nak tulis lepas baca apa yang dia tulis....


"saya dah plan dengan kawan saya. dalam pukul 3 pagi ni. nak pergi bakar rumah ustazah.... tak boleh patah balik.."


lebih kurang kot ayat dia tu. aku tak ingat sangat. dengan rasa teramat nak tau kenapa dia nak sangat bunuh ustazah yang mengajar dia.. tanpa segan silu... aku pon tanyalah lah balik... dari apa yang dia cerita. aku dapat la buat kesimpulan sendiri. *sebenarnya aku malas nak buat dialog...

seth  tan ni dia nak bunuh ustazah merangkap cikgu yang mengajar dia. sebab TENSION!...... dia ada bagitau aku yang ustazah tu selalu macam nak jatuhkan maruah dia dalam kelas... saja kasi dia naik angin dengan buat cerita buruk belakang dia...... aku tak tau nak cakap apa. sebab aku tak da dalam kisah dia ni. nak percaya seratus peratus tak boleh jugak.......... 



tapi bagi aku.walau setakat mana bencinya dia dengan sapa-sapa pon. bunuh memang satu perbuatan yang berdosa. kalau ko nak bunuh haiwan berbahaya ke yang bersebab mengikut syarak lain cerita la........... 


nak dijadikan cerita.... try la aku brainwash dia.. pasal dosa pahala. pasal efek dalam hidup dia ni..bakal isteri dia tu nak campak kat mana kalau dia masuk lokap........... memang nasihat aku jenis kerek. sebab aku memang tak reti bagi nasihat kat orang lain....


alhamdulillah....... dia pon tak jadi buat plan nak main bunuh orang. bagi aku, dia ni memang baik orangnya. munkin emosi lebih kot or tak tahan dengan tekanan. tu terambil tindakan drastik nak bunuh-bunuh orang nie. siap plan nak bakar rumah ustazah dia....

secara jujurnya seth tan yang aku cerita ni.dia seorang lelaki dan kawan yang baik.biasalah manusia... mesti ada buat silap gak kan... aku dulu pernah jugak buat benda jahat.... yang aku rasa menyesal sangat-sangat bila ingat balik....





aku lupa nak bagitau.time dia tengah cerita pasal nak bunuh-bunuh ni.... aku pon chat dengan sorang lagi kawan aku nak tolong cari cara penyelesaian.... hehe.


satu lagi... aku terpikir.kalau seth tan nie nak bunuh orang. pesal kena cerita dengan aku. bunuh la senyap-senyap... kan kalau betul dibuatnya. amik ko aku jadi saksi pembunuhan. tak ke naya aku sekali tersabit tak pasal-pasal......sebab tu aku kena cari sorang lagi kawan aku nak buat back up... :P



“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).


salam.


p/s : cerita ni lama dah sebenarnya. stok pekasam......


~owh, cerita aku yang aku tulis untuk semua part bukan tujuan nak mengaibkan sapa-sapa. aku just nak jadikan pedoman untuk diri sendiri dan orang-orang yang baca blog ni. mana tau aku tiba-tiba dalam situasi ni. harap ada kawan yang boleh tolongkan. minta-minta dijauhkan.harap jangan salah faham yer.....


~semua watak dalam cerita aku ni..bagi aku diorang semua baik-baik dan ada latar belakang agama yang bagus.jadi jangan kita hina diaorang disebabkan satu khilaf yang diaorang buat. manusia macam kita ni memang tak lari dari silap.



Friday, October 21, 2011

BILA MANUSIA BERUBAH MENJADI HAIWAN : GADIS 2 TAHUN DIGILIS TRUCK TANPA ADA ORANG AMBIL PEDULI

Assalamualaikum...


aku rasa kebanyakan korang dah tahu pasal benda ni. dan kisah menyayat hati ni pon dah tersebar merata tempat di seluruh dunia. dan ramai giler yang kecam polisi undang-undang perlembagaan China. 


aku dah tau pasal benda ni dari awal dia tersebar. aku juz baca. tapi nak tengok sendiri video ni memang aku penakut. sebab tu aku tak berminat nak ambil medik. dan, tapi akhirnya aku ambil keputusan memberanikan diri tengok video ni di you tube, sebab aku tak nak silap paham apa yang aku baca dengan apa yang aku lihat.




mengucap panjang aku bila tengok dengan mata sendiri. aku seram tengok video macam ni. 


aku terfikir....


adakah akan tiba satu masa, hati manusia ni akan keras seperti batu dan berpelakuan macam haiwan. aku harap China bakal gubal polisi diaorang demi tak nak melahirkan manusia berhati haiwan. cukuplah salah satu pendedahan betapa manusia berkemungkinan nak bertukar kepada 'MONSTER'.. janganlah anda melahirkan lebih ramai MONSTER di atas muka bumi ni.


p/s : kenapa dari hari ke hari, ramai remaja kita bertukar menjadi monster. aku berharap sangat dijauhkan dengan perubahan ke arah monster ni. cukuplah sekali aku menjadi monster berhati batu.

I WANT TO HOLD BACK MY LIFE

Assalamualaikum...


pernah tak korang terfikir, life korang sekarang ni banyak sangat berkait dengan manusia sekeliling korang.
contohnya, korang ambil medik untuk kepuasan hati mak ayah korang wlaupon korang tak ada willing pon ke arah tu. ada yang sanggup korbankan maruah diri demi kepuasan nafsu. macam-macam lah. 


kalau kita tak mampu menggembirakan hidup orang lain, janganlah kita menyusahkan hidup mereka


sebenarnya benda yang aku nak bagitau nie simple jer. please. jom kita sama-sama amik step utuk hold back apa yang kita tak sempat nak buat sebelum ni. sepanjang aku tengah bercuti sem ni.. aku sering terfikir, kebanyakan masa dalam hidup aku, aku selalu spendkan untuk orang lain. sampai satu saat aku tak rasa hidup aku ni macam aku yang punya. aku hidup untuk orang lain.


tapi kan.... bila aku fikir-fikir lagi.


fikir dan fikir dan fikir.........................


apa tujuan kita hidup sebenarnya. semata-mata nak penuhkan kepuasan hati orang lain or apa kah..?


tapi, sememangnya tujuan penciptaan kita ni pon sebagai hamba kepada Yang Maha Esa. jadi dalam kita tengah pulun habis-habisan memeuhi kepuasan hati orang lain, kawan-kawan korang, pakwe makwe korang.
kenapa korang tak ambil kesempatan ni untuk hold back life yang kita tak perasan pon kewujudannya. spendkan utuk Yang Maha Esa langsung tak akan meyebabkan hidup korang rugi.


then, korang  pon kadang-kadang kena fikir. kita tak selalu mampu puaskan hati semua orang. jadi, instead untuk itu... kenapa tak penuhi impian korang. 


sekadar pendapat aku di pagi hari. mugkin korang ada pandangan  dan prinsip sendiri. chill.


aku tak nak jadi boneka kepada kehidupan yang direka manusia


salam.



Saturday, September 17, 2011

BILA GIRLS STAY UP

Assalamualaikum...

woo..bila nak final exam. antara fenomena yg selalu terjadi bila life as student nie. STAY UP. time nie lah mula nak gomol habis-habisan semua chapter. tapi bagusla. usaha nak dapat EMPAT RATA!! bukan senang woo. tapi bukan susah jugak.. insyaAllah. aku aim untuk EMPAT RATA untuk second sem. untuk sem nie. aku agak main-main. jadi probabilty nak dapat agak rendah. *down.......
okelah. ni nak tunjuk sikit apa yang girls selalu buat kalau stay up selain study. kitaorang tak delah mengadap dua poloh hampat jam study. mesti ada rest jugak. and bila time rest nie lah macam-macam terjadi.




1. makan-makan benda simple

okelah. nie antara menu-menu time stay up. macam-macam ada woo. tapi tak makan banyak la. tapi kalau mengantuk... minum la nescafe dua tiga gelas.still mengantuk gak. nak stay up kena ada semangat yang lain macam sikit. semangat yang membuak-buak nak study. barulah bila minum nescafe and makan biskut cecah air. mata segar bugar. otak pon fresh.

2. share cerita and gosip. *girls~~

ahaha. yang nie err.... errrr........................ sebenarnya tak delah gosip sangat. cerita pasal keluarga. pasal apa-apa yang jadi. share rahsia. owhhh. cerita pasal future husband?? hermm. adalah jugak. benda tu normal bagi perempuan rasanya. tadi bagi aku and orang yang aku kenal. selalunya. kalau cakap sal future husband or apa istilah lain. tak pernah ambil serius pon. sebab banyak lagi kot nak pikir. hidup sebagai student pon tunggang langgang and terkontang-kanting. ada hati nak kawen??? no..no.. tapi bagi yang aim untuk kahwin after study. bagusla... tak salah pon.

3. rehat sebentar dengan movie or video klip korea. or apa-apa bentuk entertainment.

time tengah tension stuck dengan math ker fizik ker. or apa-apa subjek. time nie lah nak bagi segar mata dengan tengok  korea ker apa-apa video klip yang pendek. pendek tau. bukan drama korea yang berpuluh-puluh episod tu. tu jawabnya. sampai subuh kot mata segar bugar. buat sebagai selingan. kan tengok bakal suami aku aka shiwon dalam video klip super junior. terus rasa semangat nak study lepas tu.

4. solat hajat, qiamullail, solat sunat dan ibadat yang boleh menenenagkan hati

yang nie paling terbaikkkk!!! time tengah stress ker apa. ambil masa nak bermuhasabah diri and menenangkan diri. caranya, serahkan diri kepada Yang Maha Esa. Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. jadi dalam kita dok pulun habis dengan study. sampai bengkak-bengkak mata. why not kita ambil sedikit masa untuk beribadat. ibadat tengah malam antara waktu yang terbaik. insyaAllah. lepas jer korang curi sedikit masa studi korang untuk Yang Maha Esa. studi korang ke apa yang korang buat akan dipermudahkan. *nasihat untuk diri sendiri jugak.
okelah. tu jer. salam.



Thursday, September 15, 2011

SEPETANG BERSAMA YANG TERSAYANG

Assalamualaikum,

setelah kebosanan bila dah tamat test dua, and bercampur dengan aku tak dapat reactivate balik mukabuku aku. terpaksa la aku pergi dekat blog.*hak ala, cakap la dah teringin sangat nak menaip.

test dua aku, alhamdulillah. walaupon aku rasa ada careless. tapi seyesly, aku rasa aku dah buat sedaya yang aku termampu. dengan mengadap buku seharian. tidor dua jam setengah semata-mata untuk exam bio. buat latihan chemist sampai nak termuntah. buat fizik. tapi, aku tau. walaupon sebanyak mana usaha aku, tapi bila keluar benda yang kita TAK JANGKA, aku berserah jelah. jawab jer. betul salah soal no. dua......tawakal selepas usaha. itu yang terbaik.

WAITING FOR FINAL EXAM NEXT WEEK.. FIGHTING!!!

haishhh. oke rr.. ape nie cerita sal exam. lek lu. apa barang cerita sal exam...... 4 september 2011. jatuh sudah hari jadi yang tersayang aku untuk kali ke-48. wooo......... dah matured rupanya yang tersayang aku tu. raya ke-4.. kitaorang.aku, adik and kakak aku and yang tersayang kitaorang keluar la makan-makan. tak jauh pon. dekat jer dari rumah. nama tempat tu Restoran Anjung Bahtera. tempat biasa jer. kita berempat pon orderla makanan sambil borak-borak pasal aku and kakak aku kena balik uni masing-masing malam tu.woooo. tapi, sedih tak sedih. makan lu....


nie aku punya. biasa-biasa ajer. just air kapucino dengan nasi goreng cendawan. aku tak ada selera sangat. sebab tengah selsema. aku tak main barang mahal.hee



aisehhh.nie adik aku punya pulak..siap ada daging merah.aha.gambar kat bawah nie la gambar adik aku yang tengah makan untuk pinggan keduanya. tuan punyalah makan banyak.tapi kurus kering.tu yang aku tak paham.metabolisma tinggi? mungkin...


 nie kakak aku yang tengah buat muka garungggg....hehe.


nie kakak aku punya menu pulak. mee yang bersalut dengan telur. and aku suka kuah dia. pekat. tapi bolehla. minum air sejuk jer.hik. tak de la. tengah batuk. order la air suam tengok-tengok dapat air batu woo. pastu order la sekali lagi air suam.



ahaha. gambar last nie la baru aku nak tunjuk yang tersayang aku.hehe. abah.:) air dia sedap.tembikai ke ape ntah.tak ingat. menu ayah aku pon simple.

owhh. mana umi aku yer. dia demam. jadi tak dapat lah join. motif makan kat luar and simple nie sebab kesian dekat mak aku yang tengah demam. jadi tak boleh masak. owh.kenapa aku yang PANDAI masak nie tak masak. sebab dari pagi aku keluar pergi rumah kawan aku. pastu, ayah aku pon ajak makan kat luar. so, aku on jer la. 

bukan isu tak reti masak or malas masak. walaupon hakikatnya aku nie amatur jer dalam bidang masak-masak nie. nak aku masak yang ganas-ganas punya. tunggu aku masuk kelas masak dulu. seyesly, semangat aku dah membuak-buak nak belajar masak di cuti sem after final exam nie. sebab. ermmm. sebab.. errrrr. sajer.  


PEREMPUAN YANG SEBENAR PEREMPUAN MESTILAH PANDAI MASAK.
*pepatah sendiri*

okelah. tu jer. salam.







Friday, September 9, 2011

LIFE YANG TERSANGAT HECTIC

Assalamualaikum...


setelah sekian lama tak menulis dan 'meluahkan perasaan' dalam blog*cehhhhh (rolling eyes)
akhirnya.. sempat jugak aku curi masa dengan meninggalkan buah hati kimia di depan mata..... owh.sedihnya.

tapi, kat sini aku bukan nak cerita pasal aku yang malas nak update ke apa. tapi aku just nak bagitau aku bakal FINAL EXAM and paling hampir TEST 2... tolong sape bangunkan aku dari tidor yang lena bak bertemu putera raja dengan exam tu. sedarkan aku dengan exam yang telah menyebabkan mata student2 yang suka stay up digigit nyamuk dan bengkak secara tiba.*concealer diperlukan.

okelah.... yang tu jer aku nak bagitau. PLEASE WAKE ME UP BEFORE IT IS TOO LATE DEAR..

salam.






Friday, August 12, 2011

BILA SHAWL JADI TARIKAN PARA GADIS

Assalamualaikum...


haiiih.entry ni ngada-ngada kot...rasa macam nak sekeh diri sendiri bila nak tulis pasal benda ni.tapi dah kempunan lama tak menulis..tulis la jugak...... *rasa makin nak sekeh diri sendiri.

SEKARANG... fesyen shawl makin menular dalam kalangan para gadis dan wanita. tak percaya? tengoklah sekeliling anda.banyak kawan-kawan korang yang comel dan cun-cun pakai shawl. banyak teknik pulak belit-belit shawl nie. ada style macam hana tajima. ada style macam letak kain atas kepala.ada style macam ala-ala penyiasat. kalau kena dengan orang yang pakai memang tersangat lawa. kan? KAN?

kalau korang perasan, di awal kemunculan shawl. banyak shawl yang kecik-kecik.kalau belit sikit.mula terdedah.tapi sekarang dah banyak style shawl yang besar-besar. jadi tak delah korang yang sopan nie teragak-agak nak pakai shawl kan. ada setengah orang memang kalau pakai tudung bawal awning nya memang tak pernah nak kemas. *terasa..

tapi bila pakai shawl nampak lagi kemas kan. entry nie bukan menggalakkan korang bershawl. tapi kalau korang bershawl yang sopan.pakai pon sopan.tak de salahnya kan... macam kawan aku madi, dia selalu membebel pasal awning tudung bawal yang jarang nak betol. laslast dia maik pilihan pakai shawl.

tapi kan, baru perasan. shawl sesuai bagi orang yang tak bercermin mata. bukan ape, kalau korang nie specky. tak sesuai sangat. * sekali lagi terasa...

jadi, pilihan atas korang. kalau korang rasa bershawl buat korang nampak kemas tak payah nak betulkan awning bagai. go on je. tapi kalau korang rasa lagi ayu bila bertudung hakam ke tudung bawal ke tudung bulat ke.tudung labuh. oke jer. sopan dan ayu lagi. tak de salahnya... yang penting aurat korang terjaga kan.

salam. uhibbuki fillah.
ramadhan kareem.



Saturday, August 6, 2011

PENGALAMAN LUAR BIASA DI PONDOK.(PART 1)

Assalamualaikum....


sebenarnya dah lama nak dah program ni.time ni lah baru nak cerita. sebab susah yer bila nak menulis kalau tak ada feel kan.. kan? kan?

aku ada ikut satu program nie.program tarbiyah. mula-mula aku tak expect pon kena pergi pondok.penganjur tu cakap jer nak buat program tu luar dai uni aku.tup-tup diaorang bawak masuk kawasan pendalaman. pastu masuk pulak kawasan kampung...tak silap, pondok tu di kawasan kuala selangor.

first time aku jejak kaki..woooohhh.aku rasa nak nangis jer.tengok kedaifan anak-anak kat kawasan pondok tu. aiceceh sejak bila jadi anak nie.. diaorang budak-budak muda lagi. tengok budak laki yang kecik-kecik tengah main bola.dengan berkopiahnya. dengan muka masing-masing suci kot.dua hari aku kat sana. dalam dua hari tu aku tak berhenti nangis. masyaAllah, indahnya hidup dalam ISLAM.

pastu, kat sana kalau makan memang makan dalam talam.wajib tau program tu kita kena suapkan orang lain. motif? nak eratkan hubungan.and nak rasa kasih sayang dari suapan. aiceceh.berfalsafah pulak aku hari ni. lepas jer kitaorang ikut program tu. sebenarnya banyak lagi kot nak cerita. tapi memandangkan aku terlihat buku math di depan mata. teringat banyak kot homework aku tak siap.. sebab tu lah kot title entry aku ada part 1. heh??

okelah.salam. ramadhan kareem.

Friday, July 22, 2011

MUSLIMAH SEJATI ITU MULIA

Assalamualaikum...


nie antara gambar-gambar kawan-kawan aku yang pernah belajar di KUSIS. and ada antara diaorang nie tengah belajar di KISAS. aku...? toksah nak cari kat sini.memang aku tak ada pon. sebab aku secara jujurnya tak pernah belajar di sekolah yang berkonsepkan aliran agama. walaupon kepingin sekali. sebab tu kot aku nakal macam nie..hik.

tapi paper pon, sekolah tak menentukan duduk baiknya seseorang kan. as long korang pandai jaga diri korang, agama korang,imam korang dan hati korang.. insyaAllah, korang tak akan tersesat.

salam.uhibbuki fillah.




Thursday, July 21, 2011

PART 2 : BUNUH DIRI DAN BUNUH ORANG

Assalamualaikum...




hye again kepada readers yang terbaca entry nie. oke, last punya entry aku ada bagitau pasal siti saleha nak bunuh diri. owhh. nie sambungan.tapi orang lain pulak.


yang nie pulak. aku bagi nama cun jugak. Nora Elena.hik. nora ni pon sama. muda dari aku jugak. kisah kesengsaraan hidup dia pon lebih kurang dengan Siti Saleha. tapi yang lain sikit dari siti saleha. sebab yang nie akademik dia sederhana. tapi pergggh.lawa tau nora elena nie. nora ni pon selalu cerita dia selalu kena tibai dengan cikgu sebab result dia tak berapa nak oke. selalunya cikgu selalu perli dia depan kelas. sapa tak terasa kalau kena perli depan-depan. dia pon selalu lah nak hangin dengan cikgu tu. selalulah jugak dia nak skip kelas cikgu tu.


and, dia pon ada masalah dengan kawan 'jual ikan' jugak... haih. nora nie bertudung. tapi sebab tension ker apa. pernah dia letak gambar free hair di dp FB. dia buat dalam ketidaksedaran kot. nora ada cerita jugak, dia pernah pakai baju 'adik-adik' keluar rumah. selalunya dia tak pernah buat pon. aku tanyalah balik pasai apa dia buat camtu. nora nie pon balas. 


"akak. saya tension sangat-sangat.saya rasa nak memberontak. saya rasa nak buat benda yang saya tak pernah buat pon sebelum nie."


aku tersangat memahami masalah nora elena nie. sebab aku dulu pon jahat. aku pon ada pengalaman buat benda yang aku tak pernah buat sebelum ni. e'eeh. nati aku cerita lebih dekat last part la. pendekkan entry ni. hik. sebenarnya aku tak sempat nak tulis panjang-panjang. tapi sebab aku rindu sangat nak menulis benda yang entah apa-apa kat blog. tu lah pasal terkeluar part-part kisah bunuh diri. korang dengar tak macam thriller pon kan.memang pon. 


nanti jumpa di last part. sebab mesti korang pelik. asal kisah bunuh diri jer. nama tajuk bunuh orang. oowh, cerita best-best kena letak yang last. baru gempak beb. susah nak dapat tau cerita tu. tu pon secara tak sengaja. tapi kalau korang nak tau sapa orang yang aku cerita.haram. aku tak akan bagitau. apa kejadahnya aku dok kecoh pasal nama sebenar nora elena, siti saleha and seth tan. e'eeh. seth tan..? hik. kan dah kata tunggu last part. aku buat cerita ni bukan nak bukak aib sapa-sapa.jauh sekali. tapi aku nak kongsi pengalaman mendengar kisah adik-adik aku and aku sendiri pasal bunuh diri and bunuh orang.harap korang dapat take note and ambil pedoman dari kisah ni. sebab aku tau, indeks orang makin tension kat malaysia nie pon dah makin bertambah.




lupa, ada keluar berita. sorang student yang belajar kat mesir.buat cubaan nak bunuh diri. sebab.. tekanan dengan study.


wallahualam.salam. uhibbuki fillah.


Tuesday, July 19, 2011

PART 1 : BUNUH DIRI DAN BUNUH ORANG

Assalamualaikum...


hye kawan-kawan yang tension dengan homework or assignment berlambak. or kerja yang bertangguh yang lama tak buat. heh. aku pon..


oh my, aku kat sini bukan nak cerita pasal aku yang bunuh diri and nak bunuh orang.nauzubillah... minta dijauhkan. dah, apa pasal aku buat tajuk nie.haih... e'eeh. aku baru perasan. asal tang ada orang stress sampai dia nak bunuh diri. dia bagitau aku. nak bunuh orang pon cakap. hermm. kat sini aku nak share beberapa pengalaman aku mendengar kisah orang nak bunuh diri or nak bunuh orang. atas satu sebab. TENSION! 


first time dengar kisah orang nak bunuh diri. seram la. gua rasa macam nak tutup telinga jer dengar.heh. tapi sebab aku suka dengar masalah orang, and suka dengar pengalaman orang. so, aku relakan diri aku dengan pura-pura tough and open minded. so, aku dengar jer. macam pengalaman aku dengar masalah orang bercinta. yang tu lagi oke kot. sebab kalau putus, boleh cari lain pulak. macam tak biasa. heh. * apa punya nasihat ni.




oke nie kisah pertama. aku jumpa sorang budak nie. muda dari aku. nak aku bagi nama tak sebenar. boleh jer. *aku pon tak ingat apa nama budak tu. okelah, siti saleha. cun tak nama aku bagi. siti saleha ni bagitau lah aku. dia kata dia tak suka hidup di asrama. so, aku tanya la sebab apa beb tak suka hidup asrama. kawan-kawan ramai kan. siti saleha pon bagitau lah aku yang kawan baik dia start menjauhkan diri dari dia after dah jumpa kawan baru. then, dia pon bagitau sikap selfish kawan-kawan asrama yang selalu pulaukan dia. sebab tak tahan sangat dengan perangai kawan-kawan. dia decide nak pindah dorm. aku pon cakaplah, okelah kalau pindah dorm tu dapat selesaikan masalah. boleh la dia dapat kawan baru kat sana kan. tup, tup.. dia pulak cakap. kat dorm baru pon tak best. sebab kawan-kawan dorm macam pelik asal tiba-tiba dia pindah.lagipon kawan-kawan dorm baru siti saleha ni pon pernah dengar konflik siti saleha dengan kawan-kawan dorm lama... 


so, dia pon nangis-nangis. and bagitau kan bagus kalau dia mati. aku pon pikir, apa kejadahnya nak mati lor. tak kan sebab kawan-kawan nak mati. then, siti saleha ni pon sambung balik. pernah banyak kali terlintas dalam hati and fikiran nak bunUh diri. and, dia pernah try nak bunuh diri. tapi, sebab dalam hati siti saleha ni still ada iman and dia pon tahu kesan buruk dunia akhirat kalau bunuh diri. so, plan dia tak berapa nak menjadi. tapi, siti saleha ni cakap. tak tau la berapa lama dia boleh tahan sekat diri dia daripada bunuh diri..... wooo.lupa nak bagitau.jangan main-main beb dengan orang macam nie. tension dia pon result gempak. aku yang dengar nie pon terkedu. kalah orang yang tak berapa nak tension or tak nak bunuh diri. *terasa~~~




okelah. aku tersangat memahami bahawa kadang-kadang kita susah nak baca tulisan yang panjang. so, sebab tu aku buat part. *ada orang nak baca ke blog nie?


salam sayang. konklusi tu tunggu last part.kalau harry potter ada part 1 and part 2. aku pon nak buat jugak.hehe.


uhibbuki fillah.

Monday, July 18, 2011

SURAT UNTUK KAWAN PEREMPUAN TERSAYANG

Assalamualaikum...







saya menulis entry nie khas untuk awak. saya tahu awak and saya tak pernah jumpa. kita bertemu pon hanya di dunia IT. awak tak kenal saya. and saya tak kenal awak. tapi saya tahu awak baik. kalau awak tak baik tak kan awak sanggup nak betegur sapa dengan saya kan...


awak tahu, saya dari dulu ambil tahu perkembangan awak dari kawan lelaki saya merangkap orang yang awak suka. yer, saya tahu kawan lelaki saya pon sama. dia pon dalam lubuk hati and jiwa paling dalam juga ada simpan perasaan pada awak. saya tak tipu.. betol. sebab saya kenal dia dari kecil lagi. dari zaman budak hingusan yang dia suka sangat mengusya perempuan sampai lah dia dah jadi 'matang' macam sekarang. tapi. untuk pengetahuan awak, dia hanya matang dari luaran. tapi sikap sebenar dia berdasarkan yang saya kenal. jiwa dia masih lagi keanak-anakan. sebab tu kadang-kadang dia tak dapat fikir dengan rasional. saya harap awak take note pasal perangai dia...


awak tahu, saya tiba-tiba jer jadi macam kakak dia. segala masalah dia luah. sampai orang yang dia minat pon dia cerita pada saya. haishh. sebenarnya saya nie tak delah baik sangat. tapi, sebab saya suka mendengar masalah kawan, so saya relakan diri untuk dengar segala luahan hati dia. cakap jer apa yang saya tak tahu pasal dia. dari first ex nya sampailah skrg semua saya tau. dia ingat saya kenal semua ke makwe-makwenya.huh.


saya terkejut bila awak ada hantar mesej dekat saya macam nie..


"kalau dia baik, kenapa awak jer tak amik dy..."


bila saya mula-mula baca mesej nie, saya terkejut la jugak. tak pernah orang tanya saya soalan macam nie. awak la first yang tnya.so, apa yang saya boleh jawab... dia kawan saya. klise kan. tapi yang tu je saya boleh jawab. untuk masa mendatang, saya tak boleh nak kata apa-apa... so, awak tak perlu nak risau ke apa.




betapa, saya concernya pasal awak dengan dia, saya siap menyamar jadi lelaki ngorat awak. sebab dia ada tanya pendapat saya pasal awak. tapi, saya tak boleh nak cakap ape-ape. sebab saya tak pernah jumpa or kenal awak. sebab tu saya menyamar and ngorat awak as lelaki. jahat kan saya. tapi, saya dah minta maaf dengan awak. saya harap awak tak terasa.. tapi kan, satu jer yang saya boleh simpulkan pasal awak. awak perempuan yang baik.. sebab time saya menyamar jadi lelaki, saya ada minta nak jumpa awak dekat satu kawasan. saya tak sure awak ingat tak pasal tu.. lepas tu, awak terus reply tak dapat nak jumpa saya. so, itu membuktikan awak bukan jenis perempuan yang macam kat luar sana. saya tabik dengan awak.. 


tiap kali saya borak dengan kawan lelaki saya tu, saya selalu tnya pasal awak dengan dia. tu bukan bermakna saya jeles. sebab saya tak nak kawan saya tu permainkan awak. walaupon saya tahu dia lelaki yang baik.. oh yer, jangan bagitau dia tau saya terpuji dia dekat sini, saya minta kalau dia jujur dengan perasaanya. jagalah imam dia dan hati dia. saya perempuan, saya tau macam mana yang awak rasa.... so, saya tak nak kawan saya tu jadi perosak hati siapa-siapa.. sweet kan saya. huh. tiba-tiba je.gurau jer..


satu hari, bila saya borak-borak dengan kawan lelaki saya tu. tiba-tiba dia text saya. dia beritahu satu berita yang saya tak expect pon. dia bagitau dia terpaksa putus dengan awak atas beberapa sebab. saya harap dia dah bagitau sebab sebenarnya dekat awak. kalau dia tak bagitau, meh saya nak tarik telinga dia... oh yer, kalau berdasarkan sebab yang dia bagitau pada saya. ibu kawan saya tu menetapkan dekat kawan saya tu. maknanya dia hanya dibenarkan untuk ada hubungan dengan perempuan ajnabi selepas dia dah tamat pengajian di peringkat ijazah. saya harap awak tak paksa saya untuk membantah keputusan dia. sebab, saya tak berhak nak bangkang apa yang dia buat. tu hidup dia.. tapi saya jugak sedih dengan apa yang jadi antara awak dengan dia.. tapi plezz, jangan paksa saya untuk minta kawan lelaki saya tu ubah keputusan. tapi tu tak bermakna, saya sokong sepenuhnya. saya neutral. saya tak berada kat mana-mana pihak...




then, lepas saya dapat tahu berita tu. saya text awak. tup, tup awak reply balik and bagitau berita yang macam saya dah expect... satu jer yang boleh saya cakap. kalau betol apa yang awak rasa sekarang ikhlas pada kawan saya tu. saya harap awak dapat simpan perasaan tu sampailah dia tamat pengajian di peringkat ijazah. jangan serahkan hati awak pada sapa-sapa selepas dia. kalau betol apa yang awak rasa ikhlas. 6 tahun memang satu penantian yang lama. tapi, insyaAllah penantian yang dibuat seikhlas hati tanpa terselit sebarang hubungan yang boleh membawa fitnah akan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT. sweet kan. 6 tahun tunggu. lepas tu, kalau awak nak dirikan masjid dengan kawan saya tu pon boleh.hehe.


'perempuan baik untuk lelaki yang baik'

kalau awak rasa jiwa awak sakit sangat.. disebabkan kerinduan ker apa. fikirkanlah.. tak semua yang kita rasa betol untuk kita ada lah yang terbaik. mungkin awak akan jumpa orang yang lagi baik dari kawan saya tu. or, mungkin hubungan yang putus sekarang akan bawa pada hubungan yang kekal. kita tak tau kan... insyaAllah... jangan sedih-sedih. hidup kita bukan untuk bersedih. kalau awak bersedih sekarang, ingatlah kebahagiaan yang pernah awak rasa dulu. or kebahagiaan yang akan datang pada masa akan datang.

saya rasa kan, dah panjang sangat la saya tulis. biarlah saya berhenti. kalau awak tak setuju dengan apa yang saya tulis. saya minta maaf. bukan niat saya.. sebab saya sayang kawan-kawan saya. kita sama-sama perempuan. saya memahami awak.. awak perempuan yang baik.


salam, saya harap dapat jumpa awak di dunia sebenar.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.